Monday, September 7, 2009

Usain Bolt dan pecutan akhir



Salam.

Alhamdulillah, semakin sembuh. Ada sedikit kekuatan untuk menulis.

Bila kita memandu sebarang kenderaan, kita akan selamat sampai ke destinasi yg dituju kerana yg pertamanya, atas pemeliharaan ALLAH SWT, yg telah menyelamatkan perjalanan kita dari sebarang perkara yg tidak baik.

Yg keduanya, kerana kita memandu dalam keadan memandang ke hadapan, tidak ke belakang.

Sudah 16 Ramadhan. Kita mesti terus memandang ke hadapan untuk mencapai ketaqwaan.

Menanti di hadapan ialah 10 mlm yg akhir, dan Lailatul-Qadr.

Pecutan akhir ke garisan penamat mesti dilipatgandakan.

Manusia terpantas dunia, Usain Bolt dari Jamaica, akan terus memecut dgn lajunya menuju garisan penamat. Lagi dekat nak sampai ke garisan penamat, lagi dia memecut sehabis tenaga.

Kalau lah Usain Bolt melakukan yg sebaliknya - Lagi 15 meter nak sampai ke garisan penamat, tiba-tiba dia berlari mengundur ke belakang! Akibatnya, satu stadium akan pengsan, dan keesokan harinya, keluar di muka depan akhbar-akhbar utama dunia - USAIN BOLT - PELARI PALING GILA DI DUNIA!

Pastikan pecutan anda!

6 comments:

naimayob said...

salam....
Alhamdulillah berkat doa anak buah,ustaz dah sembuh...

Esok buka puasa pekena kambing..

Abu Faqihah 74 said...

usain bolt tak boleh lawan bahar jabar punyo ..
pelari pecut simpang tigo merangkap penjaring gol sendiri .. haha ..
Selamat Berbuka ..!!

Syeikh Yusoff Haji Ahmad said...

salam..
moga kita semua tidak akan terlewat melakukan pecutan lagi....seringkali kita akan menyesali sesuatu yang telah luput masanya!

Ingatan penuh simbolik ustaz..

Ainur68 said...

Tak sempat nak pecut ustaz...bocor tengah jalan, sabar jer lah! Orang pompuan ler katakan. Ha..ha..ha..

Asrari said...
This comment has been removed by the author.
Asrari said...

salam'alaik ya ustaz

syukran atas entry/ingatan tersebut...sgt menghargai, terkesan dgn setiap entry ustaz =)