Salam.
Jan 2002 - Selesai aku menyampaikan kuliah sirah di Masjid Kelang Lama, Kulim, aku didatangi seorang anak murid yg memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Syariff. Dalam perbualan singkat selepas Isyak itu, dia menyatakan hasratnya untuk menyertai rombongan umrah yg aku pimpin pd bulan Jun nanti. Kami bersurai setelah aku menjelasan apa-apa yg perlu disediakannya untuk dokumentasi di Kedutaan Arab Saudi, tiket dsb.
Feb 02- Selesai kuliah maghrib, selepas Isyak, aku dijemput makan malam di rumahnya, di Taman Perak, Kulim. Diperkenalkan kpd isterinya, Puan Jamilah, ibunya, dan anak-anaknya. Selesai makan malam, sambil berbual mesra, kami menguruskan hal-hal perjalanan untuk ke tanah suci makkah.
Jun 02- Ketika Bolasepak Piala Dunia 02 baru nak bermula, aku dan rombongan sudah berangkat dan berada di tanah suci. Musafiir kali ini agak menarik kerana aku dan beberapa ahli rombongan diizin ALLAH mendaki hingga ke puncak Jabal Nur, di mana terletaknya Gua hirak, tmpat wahyu pertama diturunkan.
Kembali dari umrah, hubungan aku dgnnya menjadi semakin akrab. Dia mewaqafkan dirinya untuk menjadi peneman dalam perjalann kuliahku ke Masjid Telekom Taiping dan di Manjoi, Ipoh.
Aku dapat merasakan keikhlasannya dalam bersahabat. Baik budinya, lemah-lembutnya, peramahnya, menyebabkan aku menganggapnya bukan lagi sahabat, malah sudah seperti adik-beradik. Begitu juga dgn isteri dan anak-anaknya, terlalu rapat dgn aku dan isteri. Anak-anaknya sudah seperti anak-anak kami.
Sesekali kami keluar melancung agak jauh sikit untuk hilangkan bebanan tugas seharian.Kami ke Cameron Highland. Juga ke Pulau Kapas di Terengganu, berendam, mandi laut, mengalahkan budak-budak kecil. Sesekali kami ke Kelantan.
Begitulah kemesraan yg dijalin...................
11 Ogos 09- Selasa- Seperti mana biasa, kuliah bulanan ku di Ipoh. Aku dan isteri mengambil Syariff di check-point biasa - rumah Abg Amir di Permatang Pauh. Syariff mintak untuk memandu keretaku, kerana dia hanya datang dgn Kelisa sahaja, kerana kereta Alfanya masuk bengkel.
Sepertimana biasa, sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Ipoh, gelak ketawanya, senda guraunya, menjadi penghibur penghilang kebosanan di lebuh raya. Cuma, aku dan isteri merasakan sedikit kelainan kali ini. dia terlalu 'happy' dalam pandangan aku dan isteriku. Gelak ketawanya agak lain dri bulan-bulan yg sebelumnya............
24 Ogos 09 - 3 Ramadhan- Isnin - Selesai tazkirah Ramadhanku di Masjid Kelang Lama, Kulim, aku, Syariff dan AJK Masjid yg lain menjamu selera di pej masjid dgn bihun spore yg agak enak. Syariff duduk setentang dgnku, tak banyak cakap kali ini, agak diam berbanding sebelumnya. Selesai makan, aku bersalaman untuk pulang, dan mengingatkan Syariff ttg program di Tambun pd 2 Sept nanti. Dia kata, InsyaALLAH........
1 Sept - Isnin -Isterinya, Jamilah, memberitahu bahawa Syariff batuk dan demam. Tak dapat nak pergi ke Tambun. Aku dan isteri pun faham bahawa memang dia ada rekod ttg penyakit lelahnya. Org kena lelah, bila batuk yg kuat, faham-faham la.
Esoknya, dia dimasukkan ke Hosp Kulim. Bukan wad biasa, tapi ICU! Aku dan isteri mula merasa bimbang. Aku tak sempat nak pergi ziarah di awalnya kerana demamku belum lagi kebah pd waktu itu. Aku sms pd isterinya menyatakan keuzuranku dan isteriku yg turut sama demam.
Aku sempat berbalas sms dgn Syariff, bertanyakan khabar. Dia tidak boleh nak bercakap kerana Dr memasangkan oksigen mask untuk membantu pernafasannya.
7 Sept - 17 Ramadhan - Isnin- Sms masuk ke dalam hphoneku. Bukan lagi dari Syarif, tapi dari anaknya. `Ustaz, tolong buat solat hajat, abah tak sedar, Dr dah bagi kadar oksigen yg paling maksimum buat abah., demikian antara isi kandung mesej dari anaknya.
Jantungku bagai direntap kuat! Aku mesti menziarahinya segera. Selepas habis ceramah Badar Kubra di Masjid Batu Permatang Pauh, aku dan isteri, dalam keadaan yg masih belum sehat sangat, bergegas ke ICU Hosp Kulim. Ku lihat anak dan isterinya semua sudah ada di sana. Aku menziarahinya, dalam keadaan hampir seluruh badannya dipenuhi dgn wayar, dia sudah tidak sedar diri. Aku hanya mampu berdoa di sisinya, tanpa disedari
kelopak mataku menampung air mata yg hampir gugur. Aku dapat merasakan, aku akan berpisah dgnnya, walaupun aku menggantungkan harapan yg tinggi kpd ALLAH di dalam doaku, tapi hati kecilku terus berbisik sebaliknya.
8 Sept 09 - 18 Ramadhan 1430H - Selasa- Jam 12.30tgh, sepupunya, Zul, menelefon isteriku. Jantungku berdegup kencang. Telahanku benar, bila aku mendegar isteriku meraung dalam tangisannya. Syariff pergi buat selama-lamanya,pada usianya 45 tahun, akibat komplikasi pneumonia - kegagalan bernafas berpunca paru-paru yg berair.
Aku dan isteri bergegas ke Hosp Kulim, terus ke bilik mayat. Sambil menanti kedatangan anak muridku, Syeikh Husin dan pasukannya untuk memandikan jenazah, aku menangis sepuas-puasnya, kerana aku tak pernah bertemu anak murid, sekaligus sahabat yg baik sungguh sepertinya. Dia berjaya bertakhta di hatiku.
Selesai mandi jenazah sekitar jam 4.15 ptg, aku dan beberapa org anak murid yg masih berada di bilik pengurusan jenazah, menyembahyangkan jenazahnya. Aku bersyukur kpd ALLAH kerana dapat mengimamkan solat jenazahnya, kerana bagiku, inilah yg mampu aku berikan buat insan baik sepertinya.
Setelah selesai keluarga terdekat bertemunya buat kali yg terakhir, jenazahnya dibawa terus ke Masjid Kelang Lama, Kulim, untuk disolat anak qaryah.
Selepas ini, tiada lagi lawak dan jenaka mengiringi perjalanan kami di lebuh raya...........
Tiada lagi nak singgah di R&R Gunung Semanggul arah Utara untuk pekena roti canai banjir balik dari Ipoh.......
Tiada lagi nak singah di R&R Bukit Gantang nak beli buah-buahan..............
Semua laluan dan persinggahan itu akan menjadi kenangan buat aku dan isteriku, atas insan baik yg bernama Syariff.........
7 tahun......ya, hanya 7 tahun aku dan isteri bersamanya, namun kami merasakan seperti 70 tahun. Kemesraan yg dibina atas persahabatan yg diikat atas nama aqidah yg suci.
YA ALLAH! PdMu aku memohon
Lapangkan quburnya,
Amankan dia dari fitnah di alam barzakh,
Terima dia di sisiMu,
Jadikanlah quburnya salah satu taman dari taman-taman Syurga.
Ya ALLAH! Tidak pernah aku bersedih yg amat sangat seperti ini ketika kehilangan kawan......
Semuanya kerana dia insan istimewa yg pernah bertakhta di hatiku.
Al-Fatihah buat Hj Syariff.
Wednesday, September 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam..
Peristiwa ini menambahkan lagi keimanan kita mengenai kebenaran hari pembalasan.. Hari ini tiba gilirannya..esok lusa bagaimana??
Innalillahi wa inna ilaihiroji'un. cukup bertuah saudara kita ini. dikasihi gurunya sehingga akhir hayatnya. ana berharap ana juga begitu. turut terkesan dihati dengan tulisan seorang guru kpd muridnya.
Allah lebih menyayangiNYA ...
Moga indah barzakhnya ...
salam...
walaupun dia tidak pernah ana temui..apalagi bermesra, namun, pemrgian seorang yang terasa ikhlasnya itu cukup ana rasai...jatuh air mata lelaki ana membaca entry anta kali ini. moga dia bahagia di firdausi...
aameen.
Post a Comment