Salam.
Maaf kerana lama tak up-date blog.
Demam panas yg teruk, selsema, batuk dan sesekali muntah, menyerang hamba yg hina ini bermula Khamis 27 Ogos - 6 Ramadhan.
Akibatnya, 2 hari tak puasa, terpaksa mengambil keringanan yg diizinkan ALLAH.
Ni pun gagahkan diri buka lap top, tangan masih terketar-ketar. Yg pentingnya, Alhamdulillah, tiada tanda-tanda H1N1.
Ujian ALLAH di bulan Ramadhan.
Monday, August 31, 2009
Thursday, August 27, 2009
Ruginya
Salam.
Rasulullah saw menaiki mimbar (untuk berkhutbah). Menginjak anak tangga pertama
baginda mengucapkan 'Amin', begitu juga pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai solat,
para sahabat bertanya "Mengapa Rasulullah mengucapkan 'Amin'? Rasulullah saw
menjawab 'Malaikat Jibril datang dan berkata "Kecewa dan rugilah seseorang yg BILA
NAMAMU DISEBUT, DIA TIDAK MENGUCAP SALAWAT KE ATASMU" lalu aku berkata
'Amin'. Kemudian jibril berkata lagi " Kecewa dan rugilah org yg BERKESEMPATAN
HIDUP BERSAMA KEDUA ORG TUANYA, TETAPI DIA TIDAK DAPAT MASUK
SYURGA" lalu aku mengucapkan 'Amin'. Kemudian katanya lagi "Kecewa dan rugilah org
yg BERKESEMPATAN (HIDUP ) PADA BULAN RAMADHAN TETAPI TIDAK
TERAMPUN DOSA-DOSANYA." lalu aku berkata 'Amin'.
(AHMAD)
YA ALLAH! Ampunilah segala dosa kami!
Wednesday, August 26, 2009
Tuesday, August 25, 2009
Kenangan itu menerjah kembali
Salam.
Hari ini, 3 Ramadhan 1430H. Kenangan itu menerjah kembali.......
Tahun lepas, 3 Ramadhan 1429H, bersamaan Rabu 3 Sept 08, aku dan isteri berlepas ke Jordan bersama dgn 5 org pelajar Maktab Mahmud, Alor Star, untuk melanjutkan pelajaran mereka di Univ Mu'tah, Jordan.
Penerbangan Qatar Airways dari KLIA jam 3.30 pagi, 3 Ramadhan 1429H, membelah awan di keheningan pagi, membawa kami ke Doha, untuk transit selama beberapa jam, sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke Queen Aliya Airport, Amman, Jordan.
Dari Doha, kami menaiki pesawat jam 2.30 ptg, dan sampai di Amman, lebih kurang jam 5ptg. Setelah selesai bagasi dan membayar VOA (Visa On Arrival) sebanyak 10Dinar Jordan (RM50 ringgit!), kami disambut oleh beberapa pelajar senior yg menanti di airport.
Syafawati (dah balik malaysia, skrg buat master di UM), 'Ain, tak ketinggalan, Fudhail budak Pahang, mesra menyambut kami. Dari situ, kami menaiki coaster terus ke Karak, seterusnya ke Mu'tah.
Sepanjang perjalanan hampir satu setengah jam ke Mu'tah, kiri kanan lebuhraya hanya padang pasir saja, tak kelihatan pun R&R macam di Malaysia. Di sinilah kita akan merindui lebuhraya di Malaysia, dgn pasarana yg cukup selesa, dan bayaran Tol secukup rasa!
Sampai di Mu'tah, agak maghrib, pelajar-pelajar diagihkan mengikut rumah sewa masing-masing. Alhamdulillah, agak selesa, apartment 3 tingkat. Aku dan isteri ditumpangkan di bilik Mursyidah (dah balik juga ke malaysia, dah kahwin pun 3 bulan lepas.....).
Selepas berbuka, aku keluar berjalan selepas maghrib, meninjau-ninjau pekan Mu'tah.
Peniaga-peniaga sebok mengemaskan barang untuk Isyak dan tarawikh. Aku bertarawikh di Masjid Syuhada di pekan Mu'tah. Habis lapan rakaat, aku pulang ke apartment. Letih sangat. Makan malam di rumah bersama anak-anak pelajar yg lain. Berbual sebentar selepas makan, sebelum masuk tidur.
Esoknya 4 Ramadhan- khamis - aku, isteri dan pelajar-pelajar baru dibawa oleh pelajar senior melawat kawasan bersejarah paling dekat sekali dgn Univ Mu'tah, iaitulah medan perang Mu'tah, perang yg berlaku antara tentera Islam dan Rom.
Kami juga menziarahi maqam 3 org sahabat Rasulullah saw yg gugur sebagai syuhadak di dalam peperangan ini, iaitulah anak angkat Rasulullah saw, Zaid bin Harithah, sepupu Rasulullah saw, Ja'far bin Abu Talib dan penyair Rasulullah, Abdullah bin Rawahah r.h.m.
5 Ramadhan - Jumaat- Selepas Solat Jumaat di Masjid Syuhadak, kami dibawa melawat ke Laut Mati, kawasan terendah di dunia - ~236m di bawah paras laut. Selama hari ini, aku hanya membaca ayat-ayatnya sahaja, menerangkannya di dalam ceramah dan kuliah, sekarang ia di depan mata! Allah Hu Akbar! Ni'mat Allah yg tak ternilai. Terasa gerun dan takut........ betapa ALLAH boleh melakukan apa saja terhadap mereka yg menentang ajaran para Rasul.
6 Ramadhan - Sabtu- Kami ke bandar Amman untuk melawat Gua Ashabul-kahf. Sekali lagi, jiwa ini merafakkan syukur ke hadrat ALLAH, kerana mengizinkan kami melihat sebahagian lagi akan kebenaran Al-Quran. Mereka ditidurkan ALLAH 309 TAHUN! Mereka mulia kerana menjaga aqidah mereka. Mereka tidak bersama kepimpinan yg zolim.
Dari situ, kami naik ke utara Amman, melewati Irbid, terus ke 'Ajlun, untuk melawat kota Salehuddin Al Ayubi r.h. Kota yg dibina di atas puncak bukit, untuk memepertahankan Islam dari serangan musuh. Cukup hebat pengorbanannya..........
7 Ramadhan - Ahad- Hari ini pelajar-pelajar mendaftar di Univ. Bayar yuran untuk semester pertama, dan ada ujian bertulis dari pihak univ untuk mereka. Aku dan isteri tinggal di bilik, mengemas apa yg patut, kerana esok akan terbang pulang ke Malaysia.
8 Ramadhan - Isnin - Kalau boleh, hari ini tidak akan muncul...... saat berpisah dgn anak-anak di sini semakin hampir. Seelah mengucapkan selamat tinggal kpd yg tidak menghantar kami ke Airport (banjir dah!), kami bergerak menuju ke Amman sekitar jam 12.30tgh. Penerbangan aku dan isteri ke Doha sekitar jam 4.30ptg.
Setelah usai solat zohor di surau Airport di Amman, aku dan isteri bersiap untuk check-in bagasi dan tiket ke DOHA- KL. Aduh..... kesedihan itu mula mencengkam diri, tak dapat ditahan2 lagi. Aku peluk anak perempuan ku, Nurhafizah, ku bisikkan padanya, jangan lupa doa untuk abi dan ummi, jangan lupa baca Al-Quran. Kuat sungguh tangisannya, aku gagahi jua situasi itu, demi cita-citanya, aku merelakan segala-galanya. Aku pasrah kpd Pencipta. Bohong kalau kata aku tidak menangis, kerana aku juga manusia.....
Kemudian, dia memeluk isteriku. Dua beranak berpelukan. Menangis sakan. Aku palingkan wajahku dari mereka berdua. Aku tidak sanggup melihatnya. Aku gagahi diriku untuk tersenyum, walau nampak agak pahit. Aku bersalaman dan berpelukan dgn Fudhail si budak Pahang tu. Aku sedeqahkn padanya beberapa Dinar Jordan untuk belanja di bulan Ramadhan.
Kami ucapkan selamat tinggal kpd semua. Check in bagasi dan tiket. Penerbangan jam 4.30ptg tepat pd masanya. Kami tinggalkan bumi Syams dgn seribu kenangan, entah bila ada rezeki untuk ke sana lagi.
Hari ini........ genap setahun ikut bulan Qamariah, anakku berada di sana. Alhamdulilah, sudah lulus tahun pertamanya, dan sudah pun mendaftar untuk Sem 1 Tahunke- 2 pengajian.
Khabarnya, bulan Jun 2010, akan pulang bercuti selama 3 bulan ke Malaysia.
Abi dan Ummi tak sabar menanti.
Penantian satu penyiksaan, tapi bersabar adalah sebahagian dari iman.
Tarikh itu akan sampai jua, InsyaALLAH......

Saturday, August 22, 2009
Buruk lantak!
Thursday, August 20, 2009
Janji ALLAH
Salam.
Firman ALLAH (mafhum):
`Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yg memelihara dan menjaganya.'
AL-HIJR: 9
Benarnya janji ALLAH, namun ramai yg buat tak peduli.
Janji ALLAH akan mencegah segala kerja jenayah yg berlaku, tidak dipedulikan (AL-MAIDAH: 38)
Bagi mereka, Al-Quran tidak lebih sekadar bacaan untuk didendangkan. Tiada terkesan di dalam jiwa mereka.
Benar kata Rasul yg mulia- saw- di akhir zaman, yg tinggal dari Al-Quran itu hanyalah tulisannya sahaja. Hukumnya hilang entah ke mana.
Paling dasyatnya, sudah ada org Islam di Malaysia yg mengatakan bahawa dia tak jumpa pun ayat haram judi di dalam Al-Quran!
Tuesday, August 18, 2009
Saturday, August 15, 2009
Yahudi dan si pengkhianat
Salam.
NAPOLEON:
Seluruh bakat org Yahudi diarahkan untuk tindakan penyamunan. Mereka mempunyai ajaran yg merahmati setiap kecurangan dan pencurian yg dilakukan.
MARTIN LUTHER:
Bahawa sesudah iblis, kita tidak mempunyai musuh yg lebih pahit, beracun, melainkan Yahudi totok yg bersuungguh-sungguh untuk menjadi Yahudi.
KAISER WILHEIM:
Org Yahudi merupakan punca segala penykit dunia.
VOLTAIRE:
Mereka sentiasa memesongkan kebenaran melalui dongengan yg karut-marut.
Malangnya, umat Islam masih lagi-
Berpolitik
Bersukan
Berekonomi
dan ber ber yg lain...... mengikut acuan Yahudi.
Hati pun kadang2 lebih busuk dari Yahudi.
Mereka merompak harta org. Mereka juga merompak kasih sayang org lain.
Menafsir Islam mengikut selera mereka, bukan yg Rasul tinggalkan.
Mengerjakan umrah dgn tudung di kepala, pulang ke Malaysia, kembali seperti singa betina.
Keadilan bagi mereka, adalah apa yg mereka tafsirkan, bukan mengikut neraca keadilan Islam.
Merekalah sebenar-benarnya puak pengkhianat!
Thursday, August 13, 2009
Kali terakhir bersama Almarhum Asri
Salam.
Kali terakhir bertemu Almarhum Asri Rabbani ialah pd tarikh 9 Nov 08, ketika aku menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan abang ku di Taman Melewar.
Beliau dan Rabbani dijemput utuk menghiburkan tetamu yg hadir pd majlis itu.
Semoga ALLAH menempatkan rohnya di kalangan hamba2Nya yg terpilih.
Semoga indah barzahknya.
Wednesday, August 12, 2009
Ini harta siapa yang punya?
Salam.
Ini harta siapa yg punya? Ahmad Albab yg punya! Ha ha ha!
Apa punya ikan pari, semuanya dia tibai.
Tak pa la sbb ikan pari tu tak pergi sekolah, mana dia tau beza antara makanan dgn surat khabar cina. Baru lah dikatakan, membujur lalu melintang patah!
Yang buruknya manusia mcm kita ni la. Harap ada aqal aje, kadang2 lebih dungu dari binatang yg ada.
Makan yg halal, yg haram pun sumbat juga.
Sanggup beratur di kedai 4 nombor ekor, cari `rezeki' lebih untuk anak isteri.
Kadang-kadang, songlap duit anak yatim, duit baitulmal, duit zakat dsb, tanpa rasa takut kpd ALLAH.
Nak dasyat lagi, tunggu Ramadhan ni, akan ada yg puasa tapi tak solat 5 waktu, tarawikh pergi pulak!
Mana wajib, mana sunat, dah tak boleh dibezakan lagi.
Ibadah pun main hantam saja.
Jangan bagi Malaikat `pening' sudah la............
Monday, August 10, 2009
Fahami jiwanya
Salam.
Sudah 2 hari, anak bongsuku, Nurhafizah, yg sedang menuntut di Jordan, mengadu sakit perut. Melalui perbualan telefon, katanya, mungkin tersilap makan. Perut kembung, berangin, sesekali dia memuntahkan makanan yg masuk sebelumnya.
Cuma semalam, mungkin agak serius sikit, lalu rakan serumah membawanya ke hospital berdekatan Universitinya. Masuk air sebotol (glukose drip), ubat-ubatan dan diarahkan berehat secukupnya.
Sepanjang 2 hari ni lah isteriku menangis tak kira waktu.
Aku katakan pdnya, biasa la sakit perut, nanti mkn ubat, biiznillah, sembuh la. (Aku juga risau, cuma disembunyikan di dalam hati!)
Dia kata, kalau ada sayap, dia terbang sekarang ke Jordan. Habis semua dibacanya- 9 bulan dia duduk dalam perut saya lah, bla bla bla..................
Mlm tidur, aku lena, siap berdengkur lagi. Dia gelisah, ke kiri ke kanan, sesekali menjeling handphone di sebelahnya, menanti berita terbaru dari Jordan.
Wahai lelaki! Inilah wanita.
Jiwanya mudah tersentuh, berbanding lelaki. Air matanya terlalu murah untuk dialirkan, berbanding kita, lelaki ego ini.
Wahai suami! Fahamilah isterimu kerana dia punya 9 nafsu 1 aqal, berbanding lelaki, 9 aqal dan 1 nafsunya.
Wahai suami! Jangan perlekeh isterimu kerana airmata kesedihannya, kerana mmg demikian keadaannya dia dicipta ALLAH SWT.
Ya ALLAH! Sembuhkan anakku. Isyfi, antassyafi.
Sunday, August 9, 2009
Pekak badak
Salam.
Sesekali elok juga ambil gambar apa yg ada dalam telinga tu, sebab dah ramai sangat yg pekak!
Pekakkan telinga atas keluhan dan tuntutan rakyat yg mahukan perubahan ke arah keadilan sejagat.
Pekakkan telinga atas tuntutan halal haram di dalam Al-Quran, walaupun tilawah Al-Quran tiap2 tahun! Pergi umrah bertudung elok, balik Malaysia dah bogel balik kepala.
Senang cakap, pekak badak la!
Friday, August 7, 2009
Hidupkan sunnah
Salam.
Jiran sebelah rumah, Cikgu Nizam dan Cikgu Syimah, dikurnia ALLAH anak yg ketiga, kali ini lelaki. Yg sulung dan kedua adalah perempuan.
Maka di antara hukum-hukum yg disyariatkan Islam untuk anak yg baru lahir ialah mentahnikkannya sesudah dilahirkan.
Tahnik maknanya mengunyah kurma serta memindahkanya ke mulut anak yg baru dilahirkan. Kalau tiada kurma, boleh saja dgn benda manis yg lain, seperti madu, susu atau seumpamanya, asalkan ia manis.
Antara simboliknya ialah supaya kehidupan bayi yg baru dilahirkan itu menjadi `manis', ada keberkatan d dalam hidupnya.
Dpd Abu Burdah, yg meriwayatkannya pula dari Abu Musa r.h. katanya:
`Aku pernah mendapat seorang anak lelaki, maka aku pun membawanya kpd Rasulullah saw, maka dinamakannya Ibrahim, kemudian ditahnikkannya dengan kurma, lalu dido'akannya, agar dicucuri berkat, kemudian dia menyerahkannya kpdku.'
SYAIKHAN.
Thursday, August 6, 2009
Di mana silapnya?
Salam.
Suatu waktu dulu, umat Islam adalah umat yg mendahului di dalam semua perkara.
Sebut saja apa perkaranya, dari Matematiks hinggalah perkiraan bintang2 di langit, semuanya dikuasai oleh umat Islam.
Gambar-gambar di atas menjelaskan realiti sebenar sebahagian umat Islam pd hari ini.
Di mana silapnya?
Monday, August 3, 2009
Saturday, August 1, 2009
Al-Qaradhawi - Sekular Pasti Tersungkur
Salam.
Di antara cri utama tarbiyyah yg dicita-citakan untuk generasi muslim ialah:
1. beriltizam dgn aqidah, selamat dari khurafat
2. tauhid yg suci dari sebarang syirik
3. kuat keyakinan kpd akhirat
4. akhlak yg istiqamah dgn bercakap benar
5. kerja yg teliti (itqan)
6. menjaga amanah dan janji
7. berani mengisytiharkan kebenaran
8. memusuhi kebatilan
9. menasihati kerana ugama
10. berjihad dgn jiwa dan harta di jalan ALLAH
11. merubah kemungkaran dgn tangan, lidah dan hati mengikut kemampuan
12. memerangi kezaliman dan penindasan
13. tidak tunduk kpd org yang zolim, walaupun mereka punya kekuasaan spt Firaun,
dan punya harta spt Qorun.
Dr Yusuf Al-Qaradhawi - Pertentangan Islam dan Sekular - Sekular Pasti Tersungkur ms47.
Subscribe to:
Posts (Atom)