Thursday, July 30, 2009
Senyum la sikit
Salam.
1. Petang itu, Farhad bertemu rakan sekerjanya - seorang warga asing. Semasa minum-minum, lelaki asing itu nampak terlalu gembira. Wajahnya berseri-seri. Melihat keadaan itu, Farhad bertanya:
Farhad: `Awak nampak sgt gembira pada mlm ini.'
Warga asing: `Betul! Saya sgt gembira, dapat ini surat (menunjukkan sampul surat berwarna merah).
Farhad: `Siapa kasi?'
Warga asing: ` Saya punya bini.'
Farhad: `Apa dia cakap?'
Warga asing: `Dia cakap dia mau beranak hujung ini bulan.'
Farhad: `Wah! Tahniah...... awak mesti balik cepat.'
Warga asing: `Yalaaahhh......saya ingat pun itu macam la... Dia mesti tunggu punya, sudah 3 tahun saya tarak balik, banyak lama tarak jumpa saya punya bini.'
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Wartawan: `Tok makan ayam?'
Tok Batin: `Tak.... ayam kotor! Makan tahi.'
Wartawan: `Habis..... tok makan apa?'
Tok Batin: `Beruk.....dia makan buah. Sangat bersih!.'
Wartawan: `Helikopter makan tak? (tujuan bergurau).'
Tok Batin: `Makan le sye...... syekaliiiii! (menjawab selepas kerutkan dahinya beberapa ketika.)
Wartawan: `Kereta api........makan tak?'
Tok Batin: ` Eh.....tak boleh, kerassssss!.'
Monday, July 27, 2009
Semoga bercahaya barzakhnya
Sunday, July 26, 2009
Berebut sakan
Salam.
Memang dah perangai binatang suka berebut sesuatu.
Kalau kucing, apa yg mereka tak rebut. Friskies dah dituang, penuh semangkuk, datang sekor kucing makan, kucing lain akan datang buat hal, akhirnya bergaduh.
Kalau masuk musim mengawan, kucing jantan akan `pancut' sakan untuk menandakan sempadan/border masing-masing. Kemudian mereka akan bergaduh untuk rebut kucing betina. Ada yg luka parah, cuma tak syahid sahaja.
Begitulah binatang. Cuma manusia kadang-kadang lebih teruk dari haiwan-haiwan ini.
Berebut harta!
Berebut takhta!
Berebut perempuan!
Berebut dunia!
Mereka lupa Rasul saw ada memberi peringatan:
`Demi ALLAH, bukan kefakiran itu yg aku takut menimpa kamu. Bahkan, yg aku takut menimpa kamu ialah apabila dibentangkan dunia (dan segala isinya) kpd kamu, sepertimana telah dibentangkan dunia itu kpd orang-orang yg sebelum dpd kamu. Lalu kamu berebut-rebut mengambil dunia itu, seperti mana org sebelum kamu berebut-rebut mengambil dunia, lalu akhirnya kamu dibinasakan ALLAH, sepertimana mereka (org-org sebelum kamu) dibinasakan ALLAH (kerana berebut akan dunia).'
Anjing lain la, spender pun jadi rebutan!
Wednesday, July 22, 2009
Dirinya musuh Islam
Salam.
Gerhana matahari spara yg berlaku siang tadi.
Ia mula memasuki laluannya di India, seterusnya melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan Cina.
Setelah melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun, melalui Lautan Pasifik dgn masa maksima gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat.
Tarikh jangkaan gerhana matahari seterusnya ialah pada 15 Jan 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Dis 2019.
Subhanallah! Tidakkah ALLAH telah berfirman (mafhum):
`Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yg tertentu.'
AR-RAHMAN: 5
Mereka adalah makhluk yg patuh kpd hukum dan perintah ALLAH.
Manusia kadang-kadang lebih hina dari lembu kerbau!
Berlagak!
Angkuh!
Rasa diri hebat!
Bodoh sombong!
Akhirnya, dia menjadi musuh kpd Islam itu sendiri.
Belayar tanpa perahu?
Salam.
Telah berkata Abi Bakr r.h.:
`Barangsiapa masuk ke dalam kubur dgn tiada membawa bekal, maka ia seperti belayar di laut tanpa perahu.'
Dgn adanya kapal/bot, pelayaran menjadi mudah.
Ada kompas, ada radar, yg memudahkan navigasi kita di laut. Tahu ke mana hendak dituju.
Tahu darat, pulau dan pelabuhan.
Belayar tanpa perahu? Meredah lautan dgn kudrat tubuh badan saja. Bayangkan, di tengah malam yg gelap, lautan yg luas, kita berenang merentasi laut, tanpa kompas, tanpa alat yg boleh membantu hala tuju kita.
Kita akan sesat, tak tau di mana utara selatan. Akhirnya keletihan, lemas dan tenggelam.
Mati! Jasad hilang, tak ditemui.......
Firman ALLAH (mafhum):
`..............Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan...'
HUD: 114
Fastabiqul khoirat........
Monday, July 20, 2009
Baru ular dunia.....
Salam.
Berkata Imam Mujahid r.h.m.:
Sesungguhnya di neraka Jahannam itu ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta, ada kala sebesar keldai, maka larilah ahli neraka ke ular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya, langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku, dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari ke dalam neraka!.
Sabda Rasulullah saw:
`Peliharalah dirimu dari api neraka, walau dgn hanya bersedeqah sebiji buah tamar.'
(Muslim).
Friday, July 17, 2009
Bunuh diri paling tragis sekali
Salam.
Membunuh diri adalah perkara yg dilarang Islam. Termasuk di dalam dosa-dosa besar.
Termasuk juga di dalam kategori berputus asa dari rahmat ALLAH, sedangkan ALLAH memberi ingatan kpd kita:
`Katakanlah (wahai Muhammad): `Wahai hamba-hambaKu yg telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dgn perbuatan ma'siat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa (kecuali syirik-penulis), sesungguhnya Dialah jua yg Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'
AZ-ZUMAR: 53
Membunuh diri bukan jalan penyelesaian.
Thursday, July 16, 2009
Wednesday, July 15, 2009
Hadirlah, walau seketika.
Salam.
Ya Rasulullah!
Entah bagaimana cantik rupa parasmu,
kami merinduimu......
menantimu, agar hadir di dalam mimpi kami..........walau seketika.
Ya Rasulullah!
Pahit getir perjuanganmu,
susah payahmu,
luka berdarah di tubuhmu,
di Taif,
di Uhud...............
diasak di dalam Ahzab.........
batu bersusun di perutmu,
namun jihad tidak pernah padam.
aaaah! masakan kami layak bertemumu di dalam mimpi...............
kami bakhil untuk bersolawat ke atasmu,
mengaku pejuang Islam, tapi............
banyak takut dari berani,
banyak kenyang dari berlapar,
banyak tidur dari tahajjud.............
Hati bersalut noda dan dosa,
jiwa kotor,
cakap kotor.
Namun, jauh di sudut hati ini,
kerinduan ini tak dapat dibendung lagi.
Kami cemburu dgn sahabat-sahabatmu,
Mereka memegangmu,
memelukmu,
menjadi pembantumu, ada yg mati dihujung telapak kakimu........
mereka puas, sepuas sohibul ya sin, yg dibunuh kaum sendiri,
syahid dan jannah menjadi pengganti.
Ya Rasulullah!
Hadirlah walau seketika, sekelumit masa.
Ya ALLAH!
Ubatilah rindu ini.
Ya Rasulullah!
Entah bagaimana cantik rupa parasmu,
kami merinduimu......
menantimu, agar hadir di dalam mimpi kami..........walau seketika.
Ya Rasulullah!
Pahit getir perjuanganmu,
susah payahmu,
luka berdarah di tubuhmu,
di Taif,
di Uhud...............
diasak di dalam Ahzab.........
batu bersusun di perutmu,
namun jihad tidak pernah padam.
aaaah! masakan kami layak bertemumu di dalam mimpi...............
kami bakhil untuk bersolawat ke atasmu,
mengaku pejuang Islam, tapi............
banyak takut dari berani,
banyak kenyang dari berlapar,
banyak tidur dari tahajjud.............
Hati bersalut noda dan dosa,
jiwa kotor,
cakap kotor.
Namun, jauh di sudut hati ini,
kerinduan ini tak dapat dibendung lagi.
Kami cemburu dgn sahabat-sahabatmu,
Mereka memegangmu,
memelukmu,
menjadi pembantumu, ada yg mati dihujung telapak kakimu........
mereka puas, sepuas sohibul ya sin, yg dibunuh kaum sendiri,
syahid dan jannah menjadi pengganti.
Ya Rasulullah!
Hadirlah walau seketika, sekelumit masa.
Ya ALLAH!
Ubatilah rindu ini.
Saturday, July 11, 2009
Pewaris-pewaris Jahiliyyah
Salam.
ALLAH berfirman (mafhum):
`Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.
`Ia bersembunyi dari orangramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yg disampaikan kpdnya (ttg ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir;) adakah ia akan memelihara anak dalam keadaan yg hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yg mereka hukumkan itu.'
AN-NAHL: 58-59.
'Arab jahiliyyah tanam anak perempuan hidup-hidup kerana menganggap ada sial pada anak-anak perempuan.
Tiga hari lepas, di Sungai Petani, seorang gadis berusia 20 tahun melahirkan anak tanpa perkahwinan yg sah.
Yg hebatnya, si ibu turut sama `merestui' perlakuan keji si anak dgn mencampakkan bayi itu ke dalam tong sampah!
Laporan polis telah dibuat. Mereka akan di dakwa kerana menyembunyikan kelahiran!
Tak timbul isu zina, kerana zina adalah perkara biasa dalam masyarakat One Malaysian sekarang ini.
Di akhirat, inilah dialognya:
`Dan apabila anak perempuan yg ditanam hidup-hidup: di tanya'
`Dengan dosa apakah ia dibunuh?'
AT-TAKWIR: 8-9
`
Monday, July 6, 2009
Letih? Di situ lah nilainya.....
Salam.
Mana dia ibadah dalam Islam yg tak rasa letih?
Puasa- Sunat atau fardhu, jangan cakap la letihnya. Lapar dahaga, lesu badan, semuanya datang secara tersusun.
Solat - Letih juga, nak bangun pagi, nak tolak selimut mmg payah kadang-kadang. Kalau berpeluang tinggal di luar negara, lagi la letih, terutamanya kalau musim sejuk. `Bercinta' sungguh nak berwudhuk!
Sedeqah - Lagi 'letih'. Duit sendiri, penat bekerja mencari rezeki, dapat hasilnya, tiba-tiba nak kena bagi kat orang lain. Bukan dia balas balik kat kita pun lepas kita bagi kat dia.
Haji/Umrah - Lagi la letih. Bersesakan di hadapan Baitullah. Kesesakan di 'Arafah, Mudzalifah. Menguji tahap kesabaran kita. Kerenah manusia satu dunia!
Berjihad - Dgn harta, diri, masa, tenaga, buah fikiran untuk meninggikan Islam. Letih juga, dimaki hamun, dituduh dgn tuduhan-tuduhan palsu, diugut, ditukar tempat kerja, malahan mungkin dibunuh!
Berkempen dlm pilihanraya pun letih juga.
Banyak lagi la kalau nak sembang.
Pokoknya, nilai Ibadah kadang-kadang terletak pd keletihan itu.
Bukan sekadar ilmu dan keikhlasan diri.
Tak apa la, letih di dunia, berehat di akhirat!
Firman ALLAH (mafhum):
`Allah berfirman: `Inilah hari (kiamat) yg (pdnya) org-org yg benar (pd tutur kata dan perbuatan) mendapat menafa'at dari kebenaran mereka;.........'
AL-MAIDAH: 119.
Saturday, July 4, 2009
?????
Salam.
Kira-kira sejuta orang dijangka hadir di majlis penghormatan terakhir MJ di Arena Staples Center di Los Angeles.
Upacara akan diserikan dgn persembahan dan penghargaan dpd beberapa lagenda muzik.
Keranda MJ bersalut emas 14 karat. Harga- RM87,000.
Upacara ini khabarnya dijangka mengatasi majlis pengkebumian Elvis Presley pd tahun 1977 yg dihadiri 75,000 org di Memphis, dan Puteri Diana yg dihadiri 250,000 di Hyde.
?????
Thursday, July 2, 2009
Kubur? Sendiri kasi jaga la!
Salam.
Ada cadangan dari Kabinet - 2012 wajib lulus B.Inggeris dlm SPM untuk melayakkan dapat sijil SPM.
Kalau gagal subjek ugama dlm SPM, tak pa kan?
Tak merugikan negara kan?
No hal punya, sbb kubur masing-masing jaga. Kalau berasap dalam kubur nanti, pandai-pandai la hilangkan asap tu.
Tidakkah itu yg sebahagian melayu selalu dendangkan - 'Jangan jaga tepi kain orang!' Maknanya, jangan sebok-sebok la nak nasihatkan orang. Jaga aje lah anak beranak awak.
'Kalau awak nak masuk syurga, awak pergi la. Kami nak masuk neraka, apa yg awak sebok-sebok kan sangat!'
Mereka lupa akan ciri-ciri sebaik-baik ummat:
`Kamu (wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik ummat yg dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dpd segala perkara yg salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kpd ALLAH (dgn sebenar-benar iman)..........'.
ALI-IMRAN: 110
Pastikan mereka lulus subjek Pengetahuan Ugama Islam.......... dalam SPM!
Wednesday, July 1, 2009
Jangan jahil
Salam.
Firman ALLAH SWT (mafhum):
`.............dan berdo'alah dgn berkata: 'Wahai Tuhanku, tambahilah 'ilmuku.'
TO HA: 114
Dalami ilmu agama, kerana dibimbangi termasuk dalam golongan ahli ibadah yg jahil, spt yg diperingat Rasulullah saw.
Ilmu apa sahaja, asal tidak bercanggah dgn ALLAH dan RasulNya.
Banyakkan membaca. Ayat pertama mencecah bumi ialah ayat pencarian ilmu- Membaca.
Sambil membaca, sambil catit nota-nota penting secara mudah, kerana membaca diibarat memburu binatang, manakala menulis diibaratkan mengikat binatang buruan itu agar tidak terlepas.
Membaca dalam kepelbagaian cabang tajuk - ugama, novel, majalah, apa saja yg bermenafaat kerana membaca itu menggerakkan sel-sel otak yg bernama Neuron.
Yg paling penting sekali - Jangan lupa baca Al-Quran setiap hari, walau sedikit, kerana itu lah sumber segala 'ilmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)