Wednesday, November 5, 2008

Balancing/Wheel alignment.


Hari ini, 5 nov jam 2.15pm, aku menghantar kereta Waja Campro ku PHL 1441 untuk balancing tyre dan wheel alignment, kerana esok aku akan bermusafir selama 4 hari dr SP-PD-KL.

Buka saja tayar, 2 tayar depan rupanya dah `haus' di bahagian dalam. Nak tak nak, terpaksa tukar 2 biji tayar. Sebiji Rm180! Demi keselamatan di dalam perjalanan. Tawakkal mesti dgn usaha manusia.

Apa guna balancing tyre? Supaya tyre imbang elok atas jalanraya, supaya tekanan atas bunga tayar seimbang.

Alignment? Untuk pastikan kereta bergerak selesa di atas jalanraya, kalau lepas steering, insyaALLAH tak lari kereta ke kiri atau ke kanan.

Insan perlu balancing dan alignment?

Perlu balancing kehidupan, balance antara amalan wajib dan sunat. Tak lah berdosa kalau tak buat amalan sunat, ttp Rasul yg mulia mengajar kalau amalan wajib tak berapa sempurna di akhirat di sudut timbangan, amalan sunat akan menjadi penyelamat....

Kata Imam Ghazali r.h.m.- Amalan Wajib laksanan MODAL dalam berniaga, Amalan Sunat pula laksanan UNTUNG dalam perniagaan.
Letih la badan kalau berniaga balik modal je.... untung tak da! Tu namanya peniaga tak berapa cerdik.

Perlu alignment kehidupan, tetap lurus di atas jalan yg betul. Menjadi pengikut Islam yg setia.

Tidak melencong kiri kanan tanpa sebab. Yakin atas dasar yg satu dari Allah dan Rasul.

Tidak terpengaruh dgn godaan yg datang- pengaruh kuasa, harta, kesenangan yg menggadai aqidah....

Sufyan B. Abdullah r.h. datang bertanya Rasul saw yg mulia - `Ya Rasulullah! Ajarkanlah aku ttg Islam, suatu jawapan yg aku tak perlu bertanya lagi kpd org lain. Rasulullah saw menjawab- `Katakanlah, aku beriman kpd ALLAH, kemudian hendaklah engkau beristiqomah (di atas jalan Islam itu).' (MUSLIM).

ALLAH SWT berfirman (mafhum):-
`Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yg betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jln-jln (yg lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yg lain dari Islam) mencerai-beraikan kamu dari jalan ALLAH. Dgn yg demikian itulah ALLAH perintahkan kamu , supaya kamu bertaqwa.' AL-AN'AM: 153

Kereta kena bal/align setiap 15k sekali, atau dirasakan perlu.
Insan kena bal/align setiap hari!

No comments: