Friday, November 28, 2008

Balasan kekejaman



Salam buat semua. Dah 5 hari tak tulis dalam blog ni. Selsema yg agak teruk bermula hari Isnin lepas. Alhamdulillah, pagi ni agak ceria sedikit, namun terpaksa juga batalkan khutbah jumaat hari ni di Masjid Kelang Lama, Kulim, kerana badan agak letih sedikit. Bak kata org tua-tua, penyakit ni datang mcm kilat, nak pergi (sembuh) lambat. Apa pun semua itu adalah kaffarah dosa, walaupun terpijak duri yg halus, demikian mafhum hadith Rasul yg mulia, saw.

Apa nak tulis? Hari ni suratkhabar metro jumaat 28 nov 08 muka depan:
`Suri rumah dihukum penjara 54 tahun'
`Balasan seksa Nirmala'

Baru teringat semula kes dera pembantu rumah Indon, Nirmala Bonet. Majikan dia, Yim Pek Ha, dijatuhkan hukuman penjara 54 tahun oleh Hakim Akhtar Tahir. Umur dia 54 tahun, kena penjara 54 tahun, jawabnya silap haribulan keranda terus dalam sel!

Inilah akibat buat zolim kat org. Islam tak pernah ajar manusia buat naya kat org lain.
Kalau berlaku, Islam izinkan balas balik spt Hukum Qisas- Nyawa balas nyawa, luka balas luka dsb, atau memohon bayaran diyat.

Ketika Rasul yg mulia, saw, sedang sakit, dia minta dipapah di mimbarnya. Setelah selesai Rasulullah berkhutbah, menyampaikan pesanan penting kpd sahabatnya, lalu Rasul saw turun dari mimbarnya, membuka sedikit bahagian depan bajunya, sambil bersabda: `Ini dia perut (kulit) Muhammad, brgsiapa yg pernah aku sakiti dia (usik tubuh mereka), ini dia muhammad, silalah balas sekarang!.'

Tiba-tiba tampil seorg sahabat, mendakwa bahawa Rasulullah saw pernah menyucuk perutnya dgn ranting kayu ketika Rasulullah membetulkan saf sahabat dalam Perang Badar, dia tampil dan terus mencium perut Rasul yg mulia itu sambil berkata- `aku bimbang wahai Rasulullah saw, bahawa inilah sentuhan terakhir ku dgnmu!'

Sesungguhnya Islam mengharamkan kezaliman terhadap sesama makhluk.

1 comment:

Abu Faqihah 74 said...

muka model kek atas tu yg tak tahann..siap tampal blakang kpala lg...kesian dia..