Saturday, November 29, 2008

Luqman menasihati......



1. Janganlah direbutkan dunia kecuali sekadar untuk memenuhi sisa umurmu.

2. Sembahlah Tuhanmu menurut keperluanmu kpdNya.

3. Beramallah untuk akhirat sesuai kehendakmu untuk tinggal di sana.

4. Berusahalah menghindarkan dirimu dari bakaran neraka selama engkau belum yakin akan selamat darinya.

5. Sesuaikan keberanianmu dlm berbuat durhaka dgn kemampuan kesabaranmu menerima azab ALLAH SWT.

6. Jika engkau mendurhakai ALLAH, maka carilah tempat sehingga engkau tidak dilihat ALLAH dan malaikatNya.

Friday, November 28, 2008

6 Pegangan- Asy-Syahid Hassan Al-Banna



1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh org yg menegakkan dia dalam dirinya.

2. Bahagia dan sa'adah hanya akan dirasakan oleh org yg membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kpd para pejuang yg rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.

4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kpd mukmin yg mendekatkan dirinya kepada ALLAH SWT.

5. Tegaklah dgn keyakinan dan perjuangan; kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.

6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan cita dan agama.

Kata Said Hawwa r.h.m.- Org-org yg memerangi Islam akan menyesal, dan org-org yg tidak berani menegakkan Islam secara benar, akan menyesal, mereka akan menyesal di dunia sebelum sampai di akhirat!

Balasan kekejaman



Salam buat semua. Dah 5 hari tak tulis dalam blog ni. Selsema yg agak teruk bermula hari Isnin lepas. Alhamdulillah, pagi ni agak ceria sedikit, namun terpaksa juga batalkan khutbah jumaat hari ni di Masjid Kelang Lama, Kulim, kerana badan agak letih sedikit. Bak kata org tua-tua, penyakit ni datang mcm kilat, nak pergi (sembuh) lambat. Apa pun semua itu adalah kaffarah dosa, walaupun terpijak duri yg halus, demikian mafhum hadith Rasul yg mulia, saw.

Apa nak tulis? Hari ni suratkhabar metro jumaat 28 nov 08 muka depan:
`Suri rumah dihukum penjara 54 tahun'
`Balasan seksa Nirmala'

Baru teringat semula kes dera pembantu rumah Indon, Nirmala Bonet. Majikan dia, Yim Pek Ha, dijatuhkan hukuman penjara 54 tahun oleh Hakim Akhtar Tahir. Umur dia 54 tahun, kena penjara 54 tahun, jawabnya silap haribulan keranda terus dalam sel!

Inilah akibat buat zolim kat org. Islam tak pernah ajar manusia buat naya kat org lain.
Kalau berlaku, Islam izinkan balas balik spt Hukum Qisas- Nyawa balas nyawa, luka balas luka dsb, atau memohon bayaran diyat.

Ketika Rasul yg mulia, saw, sedang sakit, dia minta dipapah di mimbarnya. Setelah selesai Rasulullah berkhutbah, menyampaikan pesanan penting kpd sahabatnya, lalu Rasul saw turun dari mimbarnya, membuka sedikit bahagian depan bajunya, sambil bersabda: `Ini dia perut (kulit) Muhammad, brgsiapa yg pernah aku sakiti dia (usik tubuh mereka), ini dia muhammad, silalah balas sekarang!.'

Tiba-tiba tampil seorg sahabat, mendakwa bahawa Rasulullah saw pernah menyucuk perutnya dgn ranting kayu ketika Rasulullah membetulkan saf sahabat dalam Perang Badar, dia tampil dan terus mencium perut Rasul yg mulia itu sambil berkata- `aku bimbang wahai Rasulullah saw, bahawa inilah sentuhan terakhir ku dgnmu!'

Sesungguhnya Islam mengharamkan kezaliman terhadap sesama makhluk.

Monday, November 24, 2008

Golongan keparat

Penentang Musa a.s.
Wadil Qura- Petra

Ali r.h. pernah berpesan:
`Janganlah sesekali engkau memusuhi Tuhanmu, kerana engkau tidak mempunyai sedikitpun kekuatan untuk berlindung dari kemurkaanNya, dan engkau tidak berupaya untuk membiarkan dirimu keluar dari kasih sayang dan keampunanNya.'
Akibat memusuhi ALLAH-
Firaun ditelan air tak bergigi;
`Ad dihentam angin puting beliung 7 hari 7 malam;
Thamud dgn satu teriakan keras- hancur seperti rumput yg dimamah binatang;
Qorun ditelan bumi, hilang jasad dan harta;
dan banyak lagi generasi keparat yg tak dapat untuk disenaraikan......
Bagi mereka-
Rasul yg diutus pencetus masalah, penghalang tamadun kemajuan kemanusiaan;
Ajaran Rasul menyusahkan , penghalang segala keinginan nafsu ammarah;
Merasakan benar bawaan hidup jahiliyyah kerana sudah turun temurun- DULU, KINI DAN SELAMANYA!
Bangsa mesti diutamakan, walau ISLAM tergadai!

ALLAH berfirman (mafhum):
`Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yg penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yg serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja; dan sesungguhnya Kamilah yg mewarisi mereka.'
AL-QASAS: 58.

Keparat sungguh mereka!






Sunday, November 23, 2008

Peruntuh-peruntuh Islam......


Saidina Umar r.h. pernah berkata:

`Sesungguhnya ISLAM itu dapat diruntuhkan kepingan demi kepingan oleh mereka yg lahir di dalam ISLAM, jika ia tidak mengetahui apa itu Jahiliyyah.'

Maka tidak sedikit di dalam Islam, golongan-golongan jahil ini.

Jahil dalam aqidah, tidak memahami maksud menjadi org Islam. Bagi mereka cukup dgn mengaku jadi org Islam, segala2nya selesai, seolah-olah syurga itu bapak mereka yg cipta!

Firman ALLAH SWT (maksud):

`Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum lagi nyata kpd ALLAH (wujudnya) org-org yg berjihad di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) org-org yg sabar (tabah dan cekal hati dlm perjuangan)?

ALI-IMRAN: 142

Paling parah, golongan jahil agama merasakan mereka itu lah golongan yg betul, tahu kesemuanya ttg Islam, wal hal Al-Quran menyuluh mereka dgn suluhan yg menzahirkan kemiskinan aqidah mereka.

Paling parah lagi, dgn kejahilan itu, mereka menjadi peruntuh kpd ugama ALLAH, menutup semua sumber yg ada untuk mendapat hidayah petunjuk, dan akhirnya menyerang Islam dan pendukungnya yg setia.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Dan mereka berkata: `Hati kami dalam tutupan yg berlapis-lapis (menghalang kami) dpd memahami apa yg engkau serukan kami kpdnya, dan pd telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami dgnmu ada sekatan (yg memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja( untuk mempertahankan kepercayaan kami).'


FUSSILAT: 5




`

Monday, November 17, 2008

Engkau layak di gelar Syuhadak.

Asy-syahid Hasan Al-Banna
1906-1949

Suatu ketika, anak Hasan Al-Banna ditimpa sakit yg agak keras. Dia dan isterinya benar-benar risaukan keadaan anaknya yg semakin buruk. Pada masa yg sama, datanglah panggilan untuk melayani (berkhidmat) pd umat. Di antara 2 pilihan itu, dia memilih panggilan yang kedua.

Ia pun meninggalkan anaknya yg tergolek lemah di tempat tidur.

Berkata isterinya: `Sanggupkah engkau tinggalkan anakmu yg sedang sakit keras ini?'

Hasan Al-Banna menjawab:`Apakah dia akan sembuh dgn adanya aku? Pada hal penyakit umat di luar sana, jauh lebih penting untuk aku tangani!'

Firman ALLAH SWT (maksud):
`Dan jangan sekali-kali engkau menyangka org-org yg terbunuh (gugur syahid) pada jalan ALLAH itu mati, (mereka tidak mati), bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dgn mendapat rezeki.'
169: ALI-IMRAN.


Jangan terpedaya dgn Ilmu



Telah berkata Imam Al-Ghazali:-

`Antara golongan yg terpedaya adalah ahli fiqah yg menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya.

Sebahagian mereka menguasai ilmu sehingga mereka mengenali perkara yg maksiat, tetapi mereka tidak menjauhinya.

Sebahagian yg lain mengetahui tentang kepentingan akhlak tetapi tidak menghiaskan diri mereka dgnnya.

Inilah Ulamak yg tertipu.......

Imam At-Tabrani dan AL-Baihaqi meriwayatkan hadith Rasulullah saw (maksud):
`Manusia yg mendapat azab yg paling keras di akhirat ialah org alim yg tidak mendapat menafaat dari ilmunya.'

Kami mohon perlindunganMu Ya ALLAH!
Selamatkan kami dari kemurkaanMu.

Kembalikan kegemilangan ini...



Carleton S. Fiorina, mantan CEO Hewlett-Packard Company, dalam ucapannya yg bertajuk Technology, Business and Our Way Of Life: What's Next bertarikh 26 sept 2001 di Mineapolis, Minnesota, telah berkata:-

`Pada satu masa dahulu, wujud satu tamaddun terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau utara, tropika dan padang pasir.
Di bawah kekuasaannya, terdapat ratusan juta manusia dari pelbagai agama, bangsa dan keturunan.

Tentera2nya dianggotai oleh manusia dpd berbagai latar belakang dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yg tiada tolok bandingnya.

Tamadun ini hidup subur digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru.
Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggi yg melawan graviti.
Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algorithma.
Konsep ini membantu penciptaan komputer.

Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yg digunakan bagi merawat pelbagai penyakit.

Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama-nama kpd bintang-bintang dan sekaligus membuka jalan kpd penerokaan angkasa raya.

Tamadun yg saya masudkan adalah Tamadun Islam , yg berkembang dari tahun 800-1600 Masihi.'

Hiduplah di bawah payung Al-Quran dan Sunnah RasulNya yg mulia...

Di petik dari buku Dr Danial Zainal Abidin.

Thursday, November 13, 2008

Nukilan buat Hamlatul Quran


Alif, Lam, Mim................................
Setiap Alif adalah sepuluh
Setiap Lam dan Mim adalah sepuluh....................
Tertib dan tartil............................
Tajwid dijaga, harakat biar sempurna,
Waqaf dan wasal mesti sekata


Usah sedih jika bertatih
Pada bertatih itu ada rahmat dan kasih ALLAH
Usah gopoh-gapah tuturkan lisanmu
Ini bukan kalammu, tapi kalam Tuhanmu
Dipilih insan-insan dari kalangan hambaNya
Untuk diletakkan Al-Furqan di dalam dadanya
Maha SuciMu ya Robbi!
Kulihat keagunganMu dalam mukjizat ini

Ni'matnya................. bila yg satu ini tersimpan di hati
Seolah -olah menemani ke sana ke sini
Seorang atau ramai, ia tetap di sisi
Terang atau gelap, tetap setia mendampingi
Pendinding diri dari yg mungkar dan keji

Sungguh.............ia adalah beban
Namun beban yg mengasyikkan
Membajai cinta pada Ar-Rahman
Menyulam rindu dalam ketaatan
Ada kedamaian dan ketenangan

Tiap kali ku alunkan lagu tarannum
Pada bacaan atau pada ingatan
Hati berbisik memohon kpd ALLAH............
Jangan palingkan ia dari ingatanku
Inilah cahaya hidupku, dambaanku......
Bukti cintaku padaMu

Sengsaranya diri............bila ia lari dari sisi
Peritnya mahu mencari, kemanakah menghilangnya pergi?
Ia pernah ku timang, ku alun dan ku lagukan
Yang merawat dan menghibur kedukaanku
Usah tanya wahai diri yg hina...
Ia adalah nur Ilahi, cahaya yg menerangi, mana mungkin memberi seri pada hati yg dicemari........

Bertaubatlah diri................
Hati yg suci usah dinodai, agar cahaya yang murni hadir kembali.............
YA HAMLATUL QURAN!
Itqan dan bersabarlah.....
Ini bukan kerja mudah
Biar berpenat dan bersusah
Asal kau raih MARDHATILLAH.

(Di bilik `anakanda' Mursyidah, Mu'tah, Jordan. AHAD
7Ramadhan 1429H 7 Sept 08).



Wednesday, November 12, 2008

PRU ke-10 : N 28 BAKAR ARANG.


Memikul amanah.......

Melangkah gagah.... Berbaju biru - Dr Hamdan, skrg Exco Sukan Kedah, berbaju hijau, Dato' Muslim, Penulis dan berbaju melayu putih, YB Johari Abdul, skrg MP S.Petani.

Nostalgia tahun 99, di awal kebangkitan Reformasi rakyat, aku menerima amanah sebagai calun pilihanraya mewakli Parti Islam se Malaysia - PAS- di kawasan DUN Bakar Arang di dalam Parlimen S.Petani.

Aku hanya kalah di peti undi, tetapi tidak hilang jati diri.

Aku `menang' kerana mempertahankan kebenaran Islam, berkempen untuk kesucian Islam.

Semoga ada ganjaran di sisiNya, menjadi pembela di hari huru-hara yg tiada terukir dgn kata2...

ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR!



Tuesday, November 11, 2008

Maniskah Iman anda?



Aku baru pulang dari kuliah maghrib di Darul Abrar, Tanah Merah, Jitra. Kitab yg diguna pakai untuk kuliah bulanan di sini ialah Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Dr Fathi Yakan.

Mlm ini aku membahaskan perkara 15 di bawah tajuk Muslim Di sudut Aqidah, iaitu meletakkan kecintaan kpd ALLAH dan RasulNya mengatasi segala2nya.

Tumpuan perbahasan pada malam ini beredar pd hadith yg diriwayatkan oleh Bukhari, berhubung dgn 3 tanda kemanisan Iman:-
1. Adalah ALLAH dan Rasul terlebih ia kasih dpd segala2nya;
2. adalah dia mengasihi seseorang, kasihnya itu adalah kerana ALLAH;
3. adalah dia benci untuk kembali menjadi kufur, spt mana dia benci kalau ALLAH campakkan dia ke dalam neraka.

Gula yg ada di pasaran direbut manusia kerana sifat manisnya, bukan kerana G U L A !

Sudah maniskah Iman anda?

Khas buat Ijah di Urdun

Ini gambar Fizah usia 5 bulan

Anak abang Kujai. Mcm ijah kecik2 kan?......



Majlis perkahwinan - 2

Malam kenduri.... banyak kerja tu

ADUN Gombak Setia, Dato' Dr Hasan Ali

Dekan Fakulti Syariah KUIN, Dr Abd Aziz Hanafi



Ust Dato' Ismail Kamus dan Mustaza JPJ

Ust Hanif Ghazali pun mai.....

Majlis perkahwinan - 3

Rasa macam kenal je...........

Kump Rabbani

Asri kump Rabbani dgn posing menarik.........


Salam `masyuk' tu.....



Saturday, November 8, 2008

Menyambung silaturrahim..............

Bersama Mohamad di Kota 'Ajlun, Amman.

Dari Sp menuju Rantau, N9.

Isteriku dan mak Mohamad, baru sudah makan malam.

Surau di rumah mohamad di Kg Linsum, Rantau, N9.

Khamis 6 nov jam 10 pagi- Aku dan isteri bergerak meninggalkan SP untuk pulang ke KL sempena perkahwinan anak abangku, Ust Salehuddin Nasir. Kami menuju terlebih dahulu ke
Rantau, N9, untuk bertemu dgn Mohamad, bekas Pres Persatuan Pelajar Malaysia Di Universiti Mu'tah, Jordan. Sewaktu aku dan isteri berada di Jordan pd bulan Ramadhan yg lepas, dia adalah antara individu yg terbabit membawa aku dan isteri menziarahi sekitar kawasan bersejarah di Jordan, termasuk sama tak dilupakan Syafawati dan juga Mursyidah. Silaturrahim ini kami panjangkan sekembalinya dia ke Malaysia.

Sampai Rantau sekitar jam 4 ptg. Berbual mesra dgn ayahnya, Hj Mohsin, seorang pesara guru yg sekarang menjadi imam di surau di depan rumahnya, di samping mengajar di masjid di Seremban.

Seterusnya kami makan malam sebelum maghrib dgn menu ringkas tapi menyelerakan.
Selesai solat maghrib di surau di hadapan rumahnya, aku dan isteri memohon keizinan untuk bergerak ke destinasi seterusnya, iaitu ke Pekan Pedas untuk menziarahi seorang lagi anak angkat kami, juga bekas pelajar Univ Mu'tah, Jordan, bernama Intan.

Setelah meredah lorong yg tak sepatutnya kami lalui, aku dan Mohamad akhirnya sampai juga di rumah Intan di belakang Pekan Pedas. Rumah kg yg agak cantik. Kami dijamu Intan dgn roti canai segera dan kari ikan..... Sedap juga kerana perut ada ruang lagi nak diisi.

Dpd rumah Intan, akhirnya kami terus bergerak ke Seremban, mencari tempat tidur yg telah di booking awal- Hotel Sri Malaysia Seremban. Bermalam semalaman di sana. Lena sunguh kerana keletihan perjalanan. Esoknya (jumaat), check out sekitar jam 11 pagi dan terus ke KL.

Kesah selanjut menyusul..........

Thursday, November 6, 2008

Berkulit hitam, berhati putih?



Barrack Obama, 47, secara rasminya memenangi kerusi Pres Amerika Syarikat, mengalahkan pencabarnya, John Mc Cainne dari Parti Republikan.

Obama, lulusan Oxford Univ, juga mencatat sejarah Amerika Syarikat apabila menjadi Pres kulit hitam pertama menduduki White House.

Lord Macaulay, peg tinggi British di India, apabila mahu memberikan kemerdekaan kpd India, dia berkata` kita tinggalkan di India, rakyatnya yg berkulit hitam, tetapi hatinya putih seperti kita!'.

Apakah Obama juga sebahagian dari spesis ini?

Menjaga kepentingan Yahudi di serata dunia?

Meneruskan agenda memburuk dan melabelkan Islam dgn tuduhan palsu?

Membuli negara2 yg dianggap tidak sekata dgn dasar negara Amerika?

Harap2 tidak la..........

Wednesday, November 5, 2008

Balancing/Wheel alignment.


Hari ini, 5 nov jam 2.15pm, aku menghantar kereta Waja Campro ku PHL 1441 untuk balancing tyre dan wheel alignment, kerana esok aku akan bermusafir selama 4 hari dr SP-PD-KL.

Buka saja tayar, 2 tayar depan rupanya dah `haus' di bahagian dalam. Nak tak nak, terpaksa tukar 2 biji tayar. Sebiji Rm180! Demi keselamatan di dalam perjalanan. Tawakkal mesti dgn usaha manusia.

Apa guna balancing tyre? Supaya tyre imbang elok atas jalanraya, supaya tekanan atas bunga tayar seimbang.

Alignment? Untuk pastikan kereta bergerak selesa di atas jalanraya, kalau lepas steering, insyaALLAH tak lari kereta ke kiri atau ke kanan.

Insan perlu balancing dan alignment?

Perlu balancing kehidupan, balance antara amalan wajib dan sunat. Tak lah berdosa kalau tak buat amalan sunat, ttp Rasul yg mulia mengajar kalau amalan wajib tak berapa sempurna di akhirat di sudut timbangan, amalan sunat akan menjadi penyelamat....

Kata Imam Ghazali r.h.m.- Amalan Wajib laksanan MODAL dalam berniaga, Amalan Sunat pula laksanan UNTUNG dalam perniagaan.
Letih la badan kalau berniaga balik modal je.... untung tak da! Tu namanya peniaga tak berapa cerdik.

Perlu alignment kehidupan, tetap lurus di atas jalan yg betul. Menjadi pengikut Islam yg setia.

Tidak melencong kiri kanan tanpa sebab. Yakin atas dasar yg satu dari Allah dan Rasul.

Tidak terpengaruh dgn godaan yg datang- pengaruh kuasa, harta, kesenangan yg menggadai aqidah....

Sufyan B. Abdullah r.h. datang bertanya Rasul saw yg mulia - `Ya Rasulullah! Ajarkanlah aku ttg Islam, suatu jawapan yg aku tak perlu bertanya lagi kpd org lain. Rasulullah saw menjawab- `Katakanlah, aku beriman kpd ALLAH, kemudian hendaklah engkau beristiqomah (di atas jalan Islam itu).' (MUSLIM).

ALLAH SWT berfirman (mafhum):-
`Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yg betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jln-jln (yg lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yg lain dari Islam) mencerai-beraikan kamu dari jalan ALLAH. Dgn yg demikian itulah ALLAH perintahkan kamu , supaya kamu bertaqwa.' AL-AN'AM: 153

Kereta kena bal/align setiap 15k sekali, atau dirasakan perlu.
Insan kena bal/align setiap hari!

Tuesday, November 4, 2008

Wahai Insan! Lemparkanlah kesombonganmu....


Firman ALLAH SWT (maksud):-
`Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras spt batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal ada di antara batu2 itu yg terpancar dan mengalir air sungai dpdnya; dan ada pula di antaranya yg pecah terbelah lalu keluar mata air dpdnya; dan ada juga di antaranya yg jatuh ke bawah kerana takutkan ALLAH.......' 74: AL-BAQARAH

Mengapa tidak mahu sujud dan tunduk kpd ALLAH?

Tinggi mana kekuasaan kamu kalau mahu dibanding Firaun laknatullah?

Banyak mana harta kamu kalau mau dibanding dgn si Qarun di zaman Musa a.s.?

Hebat mana tamadun yg kita capai? Mau lawan dgn `Ad? Thamud? Tamadun mereka dirakam ALLAH dlm Quran yg mulia...

Mereka semua hancur, punah dan binasa kerana mereka tidak tunduk kpd ALLAH.....

Meraka cipta undang2 hidup mereka sendiri, membelakangkan nizom yg diturun ALLAH kpd Nabi dan Rasul....

Anak isteri Nabi Nuh ke neraka.....

Isteri Nabi Lut ke neraka.....

Bapa saudara Rasulullah saw ke neraka....

Apa istimewakah melayu.............. tanpa Islam yg syumul?

Monday, November 3, 2008

Nostalgia Forum Perdana- KUIN.

Barisan ahli panel...... masih `ganteng'......

Baju kuning(hujung)- Dato' Badaruddin Hj Ahmad (Dekan Fakulti Usuluddin KUIN)
Tengah- Ust Roslan Che Ros (Peg Agama Seb Prai Selatan)
Hujung kanan - Penulis

Kali terakhir kami bersama sepentas dlm program forum perdana, seingatan aku adalah pd tahun 1997 di Sek Keb Permatang Tok Dik, Padang Serai.

Alhamdulillah, malam itu, atas jemputan Kolej Universiti Insaniah, Kedah, kami dipertemukan semula sempena pesta konvokeyen Univ. Tajuk yg dibahaskan berhubung dgn kemantapan aqidah.

Alhamdulillah, kesemua kami dapat membentangkan hujjah2 dgn baik, memuaskan hati hadirin pd mlm itu. Turut sama hadir, guru ku, Dr Abd Aziz Hanafi, selaku Dekan Fakulti Syariah.

Cuma masih tertanya2 dan mencari jawapannya sehingga ke hari ini- Awat Ust Roslan pakai kupiah hitam? He he he..........

Bila lah kami dapat sepentas lagi..........


Lembah Taif........Munajat Rasul Pembuka Hidayah.

Lembah pergunungan Taif


Rasul (saw) yg mulia itu berdoa:-
`Ya ALLAH, Ya Tuhanku, kpdMu aku mengadu, lemahnya kekuatanku, sedikitnya helahku, dan betapa hinanya aku di kalangan manusia. Ya Tuhan yg paling Penyayang di kalangan semua yg penyayang , Engkaulah Tuhan kpd org2 yg lemah tertindas. Engkaulah Tuhanku. Kpd siapakah Engkau serahkan aku? Adakah kpd org yg jauh yg memandangku dgn wajah yg masam, atau pun kpd musuh yg Engkau berikan kpdnya milik untuk menguasai urusanku? Jika tidak ada kpdMu murka terhadapku, aku tidak peduli, tetapi kemaafanMu lebih luas kpdku. Aku berlindung dgn cahaya wajahMu yg telah Engkau pancarkan ke arah segala kegelapan, menjadi baiklah di atasnya segala urusan dunia akhirat. Aku berlindung dpd turunnya ke atas ku murkaMu, atau berlaku ke atas ku murkaMu. KpdMu pengaduan yg sungguh2 sehingga mencapai keredaanMu. Tiada daya dan upaya melainkan dgn pertolonganMu.

Rasul saw menyandarkan badannya di tembok, di dalam sebuah kebun anggur kepunyaan si kafir Utbah b. Rabiah. Darah mengalir deras dari kepalanya, mengalir sehingga ke tumit, bertakung dalam sepatunya, akibat lontaran2 batu oleh pemuda2 Taif. Zaid b. Harithah juga tidak terkecuali.................

Rasul yg mulia ke Taif kerana Makkah bumi kelahiran telah menutup serapat2nya pintu dakwah untuk disebarkan umum.

Khadijah r.h. telah kembali ke sisiNya, Abu Talib pula telah mati. Pemimpin Makkah meningkatkan tekanan dakwah, tiada lagi malu, apatah lagi mengira maruah diri.

Di Lembah Taif ini, segala2nya menjadi saksi!

Malaikat penjaga gunung tidak mampu menunggu lagi, memohon izin Rasul yg mulia, mahu mengangkat gunung yg ada, meranapkan penduduk tanpa ada berbaki lagi.....

Tetapi itulah Muhammad saw, rasul mulia yg punya akhlak dan kesabaran yg tidak bertepi.

Dia berbisik pd TuhanNya-`Ya ALLAH, berilah petunjuk kpd kaumku, krn sesungguhnya mrk tidak mengetahui...'

Ketika ia di Madinah, berbondong2 org datang dari Taif untuk memeluk Islam!

Wahai Pendakwah Islam, bersabarlah lah menghadapi kerenah, fitnah yg menyakitkan, kerana lambat-laun pasti Islam menjadi pilhan.

ALLAH HU AKBAR!

Sunday, November 2, 2008

Kangaroo- Once upon a time somewhere in `Land Down Under'...

Di sebuah zoo di Sydney...... Kangaroo!

Satu-satunya negara di dunia yg ada kangaroo- Australia.

Uniknya kangaroo, ia ada poket bahagian depan di mana anaknya yg masih dikecil ditempatkan.

Ia jarang berjalan, sebaliknya lebih kerap melompat.

Kita pun ada poket, depan belakang pulak. Simpan rokok dan lighter- Bila nak resign dari hisap rokok?

Manusia pun suka melompat juga mcm kangaroo-

Lompat parti!
Lompat lari tingalkan org yg dah tak da jawatan!
Akhirnya jadi katak - Lompat si katak lompat!
Asal kantung berisi, apa peduli!
Perut tak berbunyi!
Kroni senang dicari!


Saturday, November 1, 2008

Demi segunung harapan dan impian..............

Muktah Universiti, Jordan.
Anak kami di Jordan

Dalam Flight Qatar Airways dr Amman ke Doha-KL
8 Sept 08 - 8Rmdhn 1429H
Nun jauh di Dataran Syam, di bumi Urdun, anak itu ditinggalkan.......

Bersamanya harapan........ belajar susah di perantauan, melawan sakit kerinduan.......

Alhamdulillah, ilmu kurniaan ALLAH kpd manusia, teknologi mengubati rindu lara......

Ada handphone- sms pemberi maklumat segera.

Ada Yahoo Messenger - chatting bila2 masa, videocam di `on' sentiasa.

Terasa yg jauh mcm di sebelah rumah sahaja........

Namun rindu tetap bersarang di dada!

Hanya kpd ALLAH di gantungkan segala2nya.