Wednesday, March 31, 2010

Jahil Masyuk!

Assalamu'alaikum wrm.

Pernah pada satu waktu, dia digelar Abal Hakam (Bapa Hakim). Biru katanya, biru la. Jangan ada yg cuba menukarnya menjadi hijau. Buruk padahnya. Silap-silap, melayang nyawa.

Rasulullah saw turun dari Gua Hirak. Memulakan langkah berda'wah. Menyerang setiap ideologi yg salah, termasuk berhala-berhala bodoh yg berdiri megah di keliling Ka'bah.

Lalu Rasululah saw menggelar dia - Abu Jahal (Bapa Kejahilan). Sampai lah hari qiamat, itulah panggilan yg paling baik untuknya. Penentang Islam tegar.

Ibu ayah risau melihat anak jahil dalam pelajaran. Dihantarnya ke pusat-pusat tuisyen yg tumbuh macam cendawan selepas hujan. Tak cukup dgn itu, musim cuti sekolah tiba, diposkan pula ke Kem-kem Motivasi. Semuanya atas tujuan yg satu - Mahu melihat anak-anak keluar dari kepompong kejahilan dan kebengapan. Melihat dunia luar dgn lebih luas.

Ada pemerintah yg suka melihat rakyatnya jahil, terutamanya jahil politik.

Senang di 'gula-gula' kan.

Senang di 'jalan tar' kan.

Senang di ' subsidi' kan.

Senang di 'projek' kan.

Senang di 'bodoh media' kan.

Supaya senang nak perintah sepenggal lagi.

Inilah Jahil Masyuk!



Maksud: 'Dan apabila dikatakan kpd mereka: "Turutlah akan apa yg diturunkan ALLAH", mereka menjawab: " (tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yg kami dapati datuk nenek kami melakukannya." Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun ttg perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat pertunjuk hidayah (dari ALLAH)?
Dan bandingan (orang-orang yg menyeru) orang-orang yg kafir (yg tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yg berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yg pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan aqalnya."
AL-BAQARAH: 170-171.


Monday, March 29, 2010

Buta

Assalamu'alaikum wrm.

Buta bukan sebarang buta.

Buta penglihatan, itu biasa dilihat. Ujian ALLAH atas hamba-hambaNya. Ada yg buta sejak lahir. Ada yg buta setelah mengecapi kehidupan ini. Ada yg kerana sakit, ada juga kerana sesuatu kemalangan.

Buta huruf. Juga biasa ditemui. Tak dapat nak habiskan pengajian. Jepun masuk Tanah Melayu. Bagero punya Jepun!

Buta perut. Boleh tahan juga istilahnya. Mungkin tak da hati dan perut. Tak da perasaan.

Satu lagi. Buta kayu. Yang ini agak bahaya. Jahil, bodoh dan jadi pak turut.

Orang Cina terima Chua, hero porno movie.

Mereka tolak 2 Ong.

Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Ong! Sahutan bunyi katak merata-rata.

Sebahagian melayu terima juga.

Buta kayu sungguh!

Tuesday, March 23, 2010

Fikir

Assalamu'alaikum wrm.

1. Anak-anak yg dalam perjalanan ke sekolah, berfikir di tengah perjalanannya ttg subjek yg paling meluat yg akan dihadapinya pd hari ini. Tak ketinggalan, memikirkan guru yg paling tak popular di hatinya, yg akan datang menjenguk klasnya hari ini.

2. Orang yg bekerja di pejabat, lesu menghidupkan enjin kereta. Memikirkan fail yg bertimbun-timbun, kerja yg terbengkalai, kerenah 'bos' dan birokrasi yg tak pernah padam.

3. Guru-guru pula terpaksa 'bersilat' awal ke sekolah. Anak-anak yg akan di 'transit' ke nursery, tak ketinggalan ko-korikulum yg memenatkan, belum lagi kerenah anak-anak murid yg semakin ' bersopan' mutakhir ini. Pening!

4. Kelab Orang Pencen (KOP) , selepas subuh, tiada lain yg difikir - Nasi lemak, teh tarik, roti canai dan kepulan asap-asap rokok ibarat hutan simpan yg terbakar, menjadi agenda penting setiap pagi. Tak lupa juga, suratkhabar yg bersedia untuk memutar otak-otak mereka. Quran? Lain tahun baca!

5. Ahli-ahli politik yg 'tak siuman' nak fikir apa? Kena fikir nak 'makan siapa' hari ni. Nak cipta fitnah apa hari ni. Nak pilih balai polis mana nak buat report yg mengada-ngada, yg lebih kpd nak glamor dalam tv sahaja. Nak tidur dan nak dengkur pukul berapa dalam sessi perbahasan parlimen hari ni. Kemudian berlagak dan mendakwa jadi pembela rakyat.

6. Tiada fikir yg baik, kecuali untuk memertabatkan Islam dan kehebatannya.

Friday, March 12, 2010

Islam bukan 'escapism'

Assalamu'alaikum wrm.

Cuti sekolah tiba lagi.

Antara acara besar dalam musim cuti sekolah ialah Walimatul 'Urus - Kenduri Perkahwinan. Berpuluh-puluh kad jemputan diterima, sampai ada yg terlupa nak pergi. Punya banyak!

Malang pula bagi sebahagian mak bapak yg menjadi tuan rumah majlis itu. Inilah saatnya, mereka menjadikan Islam itu sebagai `escapism' bagi mereka.

Apa maknanya? Mudah cerita begini. Berpuluh tahun mereka tak pernah jejakkan kaki ke surau / masjid, malahan ada yg meluat dgn program-program di surau / masjid. Mengata kat orang! Malahan AJK surau / masjid pun mereka tak kenal.

Bila anak nak menikah, baru la kelam-kabut. Baru la jumpa Islam. Baru la nak terhegeh-hegeh cari no tel tuan imam yg tertera di papantanda surau / masjid, wal hal sebelumnya, tandas surau/masjid pun mereka tak tahu ada di bahagian mana.

Baru la nak terhegeh-hegeh ajak jamaah surau / masjid buat tahlil di rumah dia. Dia nak 'rasuah' jamaah surau / masjid dgn semangkuk kari ayam dan sepiring acar timun. Piiiiiiiiirah! Kedai nasik kandar pun berlambak-lambak ada menu tu. Order, makan dan bayar je.

Yang si ibu tu pula, baru la tercari-cari kain. Nak tutup kepala, bukan tutup aurat! Jambul tersembul keluar, mendada megah kehadapan.

Pasang khemah depan rumah jiran pun bukan mintak izin jiran. Pakai pacak aje besi dan khemah. Tak hormat jiran. Tak tau hak jiran. Mementingkan diri sendiri.

Kepada golongan-golongan seperti ini, kita nasihatkan kepada mereka supaya melihat Islam itu sebagai Nizam Al-Hayat (Peraturan Hidup), bukan sebagai jalan escapism untuk melunakkan org lain bahawa mereka juga berpegang dgn Islam.

Mereka mesti mendekatkan diri dgn rumah ALLAH dan program-program yg disusun, atau, nanti bila mereka mati, suruh aje la anak-anak mereka balut mereka dgn kain batik yg mereka dapat dalam tiap kali pilihanraya.

Satu lagi pesanan buat mereka - Iman kami tak boleh dibeli dgn semangkuk kuah kari!

Kepada pasangan yg baru mendirikan rumahtangga, semoga diberkati dan diredhai ALLAH kehidupan sebagai suami-isteri.

Thursday, March 4, 2010

Nilai kebenaran


Maksud: "Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yg mereka pura-pura adakan. (dgn sihir mereka).


"Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri; sujud,


"Sambil berkata: Kami beriman kpd Tuhan sekalian 'alam,

ASY-SYU'ARAA: 45-47

Assalamu'alaikum wrm.

Sebahagian ayat Al-Quran yg menceritakan tentang pertarungan sengit antara Musa a.s. dan ahli-ahli sihir Firaun.

ALLAH SWT tidak menyatakan tarikhnya, bila ia berlaku, hari apa dan pukul berapa. Itu tidak penting. Itu bukan kaedah AL-Quran.

Samalah tidak pentingnya membahaskan tarikh sebenar kelahiran Muhammad saw. Ada yg kata 9 R/Awwal, ada yg kata 12 R/Awwal, dan ada pandangan bahawa Rasulullah saw lahir pd bulan Ramadhan.

Juga tidak penting untuk membuang masa dalam mencari jumlah sebenar Ashabulkahf. Ada yg kata 3 orang, ada kata5, dan ada yg kata 7 bersama seekor anjing. (AL-KAHF: 22)

Al-Quran diturunkan ALLAH untuk diambil pengajaran dpdnya.

Demikianlah peristiwa di dalam ayat di atas. Yang penting ialah memahami betapa mahalnya kebenaran.

Betapa apabila kebenaran itu sudah terhidang di hadapan mata, jangan bertangguh lagi untuk bersamanya. Manusia tidak pernah tahu bila ALLAH akan memetri pintu hatinya!

Kebenaran itu apabila sudah dirasakan betul di dalam hati org yg mahu menerimanya, maka segala-galanya menjadi mudah bagi mereka.

Firaun yg dianggap 'Tuhan' oleh kaumnya, bagi ahli sihir yg mula menerima kebenaran itu, melihatnya seperti kuman yg kecil sahaja. Segala ugutan dan gertakan Firaun cair di dalam hati mereka. Tidak meremangkan bulu roma mereka walau sehelai sekalipun! Mereka berkata pula kpd Firaun : " Hukumlah apa yg engkau mahu hukum, kerana sesungguhnya engkau hanya mampu menghukum di dunia sahaja!.' (SURAH TO HA: 72)

Akhirnya, kebenaran itu menjadikan mereka golongan syuhadak. Mereka di salib di pohon kurma, dipotong kaki dan tangan mereka.

Benarlah kata Ibnu Abbas - Di pagi hari, mereka adalah ahli-ahli sihir, di sebelah petang mereka adalah syuhadak yg dimuliakan ALLAH!

Namun, ada segelintir manusia yg sudah tidak dapat melihat kebenaran itu kebenaran.

Mereka dibutakan oleh harta benda dunia dan nafsu yg jahat.

Mereka sanggup mengkhianati amanah mereka. Akhirnya, yg baik dipandang buruk, dan buruk dipandang baik dan berharga sekali.

Selamat melompat bagi sesiapa yg mahu melompat selepas ini. Elok-eloklah melakukan lompatan, nanti tersungkur jatuh, dan terus tak bangun-bangun dah.


Tuesday, March 2, 2010

Lebih busuk dari khinzir


Maksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pd diri Rasulullah (saw) itu contoh ikutan yg baik, iaitu bagi orang yg sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senanag)."
AL-AHZAB: 21

Assalamu'alaikum wrm.

Dengan pengutusan Rasulullah saw:

1. ALLAH menghidupkan hati-hati manusia

2. Telinga boleh mendengar kebenaran

3. Aqal boleh berfikir dgn baik

4. Mata dapat melihat kebesaran ALLAH

Namun, ramai juga yg memilih untuk menjadi pekak dan membutakan mata mereka terhadap kebenaran. Hati mereka hitam pekat, lebih keras dpd batu.

Paling jahatnya, mereka bersekongkol untuk melemahkan kekuatan Islam.

Mereka Islam pd zahir dan nama. Kufur pd i'tiqad kepercayaan. Mereka membenci Islam.

Mereka membenci Rasulullah saw. Walau tidak dizahirkan secara terang-terangan, lakunan mereka boleh dihidu org beriman.

Mereka lebih khinzir daripada sekandang khinzir!