Al-HAJJ: 46
Salam.Maksudnya: `Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya- dgn melihat kesan-kesan yg tersebut - mereka menjadi org yg ada hati yg dgnnya mereka dapat memahami, atau ada telinga yg dgnnya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yg sebenarnya bukanlah mata kepala yg buta, tetapi yg buta itu ialah MATA HATI yg ada di dalam dada.
Habis sampaikan kuliah di Masjid Batu smlm, seorang mu'allaf bernama Haikal telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dlm masa 10 minit.
Haikal buta semenjak dilahirkan. Dia dari keluarga berbangsa Cina.
Dia memeluk Islam ketika berusia 15 tahun. Keluarganya tidak membantah.
Dia mengenali Islam sejak berusia 9 tahun lagi, hasil pergaulannya dgn rakan-rakan sebayanya yg beragama Islam.
Sekarang dia sedang menuntut di National Blind school di Afrika Selatan, dalam bidang Syariat Islam dan Bahasa Arab. Sekarang sedang bercuti musim panas. Pulang ke Malaysia.
Antara perkara paling menarik yg diperkatakan Haikal ialah berhubung dgn Ahli Parlimen Islam di Afrika Selatan. Semuanya penghafaz Al-Quran.!
Sedap la bersidang dan berhujah bila Quran dalam kepala.
Mungkin tak da istilah walk out bagi MP di sana! Atau pun, parlimen bertukar jadi tempat sarkas.
Apa pun, kutipan derma mlm tu semuanya untuk Haikal. Dia nak beli lap top braille.
Selamat maju jaya untuk Haikal.
9 comments:
Salam ustaz.
Ana nak mohon izin ustaz untuk copy paste artikel ni & ada juga yg lain di blog ustaz ni. Tkasih ustaz.
Moga Ustaz terus thabat berjuang.
Salam buat inksensei. Ana izinkan. Kongsi sama-sama pahala ini.......
Ustaz, ana minta izin untuk copy&paste masuk dalam blog ana, untuk rakan2 yang layari blog ana. Moga ustaz izinkan, agar pahala yang diterima berterusan.
Izin juga untuk Pro Islam.
salam ustaz,
mohon masukkan jadual kuliah ustaz dlm sebulan di blog ni. kalau radius sampai masjid batu rasanya ana mampu pergi.
takde rezeki masukkan anak ke islah sebab dah penuh. lagipun 1 kelas kat islah sampai 40 orang. mujur Allah tunjukkan Madrasah Zubaidiyah, syukur selesai masalah...
Subhanallah...malu pada diri sendiri rasanya.
Alhamdulillah, terima kasih. Izinkan juga untuk artikal yang akan datang untuk manafaat kepada ummah.
No hal, untuk kebaikan bersama. Forever Silver - Sekolah Ust Haniff ok la tu......
susah nak cari sekolah yg ada surau besar macam tu... waktu rehat semua murid kena solat dhuha & sblm balik solat zohor berjemaah
Post a Comment