Di antara taktik dan strategi yg digunakan oleh anak-anak Nabi Ya'kub a.s. (abang-abang Nabi Yusuf a.s.) dalam mempengaruhi Nabi Ya'kub supaya 'mempercayai' bahawa Nabi Yusuf a.s. memang dibaham serigala ialah linangan airmata.
Mudah untuk dialirkan. Kesannya pula berpanjangan.
Lagi banyak gugur airmata, lagi kuat 'kepercayaan' org kpd kita. Dgn makna yg lain, kita berjaya menghidupkan watak.
ALLAH berfirman:
Maksud: `Dan sesudah itu, datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pd waktu senja sambil (buat-buat) menangis.'
YUSUF: 16
Ini dipanggil 'Air mata buaya'. Lakunan mantap, mempengaruhi jiwa.
Ada air mata artis. Air mata cari makan. Air mata 'Action!' dan 'Cut!'.
Ada air mata org politik. Menangis sakan di pentas utama. Mengharap simpati untuk kekal lama. Perwakilan ternganga. Sekali lagi, air mata buaya!
Dgn kalimah 'InsyaALLAH' pun, org boleh berlakun. InsyaALLAH nak hadir program, tapi tak hadir pun. Duduk di rumah, bersila depan tv. Bila terjumpa rakan dan teman, terus mencipta 'uzur syari'e'.
Dgn demonstrasi pun org boleh berlakun. Konon membela Islam yg suci, isteri di rumah, kain tudung pun tak terbeli.
Kaki rasuah!
Kaki judi!
Kaki todi dan brandy!
Siam kata pergi, Ipoh kata mali!
Tiba-tiba muncul jadi juara membela Islam. 'Suci lagi menyucikan'. Kalah Air Mutlak!
Berlakunlah, award dan anugerahnya di akhirat!
3 comments:
Itulah jadinya bila manusia tak kenal allah tapi mengaku beriman, Berkuasa dah lama dah tapi macam tu jugak.....
ringkas dan padat
munafiq itu selamanya akan terus mempamerkan lakonan...
benar apa yang anta nukilkan..
semoga kita tak terpedaya bersama mereka yg terpedaya..
semoga Islam kan terus terpelihara..
dan kitalah mata rantai perjuangannya!
Post a Comment