Salam.
1. Dewan Rakyat diberitahu bahawa kos pembinaan rumah untuk mantan PM, Tun Abdullah Badawi adalah sebanyak RM12 Juta.
2. Tak tahu lah kita dari mana datang sumbernya. Ada org sponsor mungkin, atau dia berdikit-dikit menyimpan wang gaji bulanannya selama dia menjadi PM selama 5 tahun. Tidakkah gaji dan elaun seorang PM boleh mencecah puluhan ribu sebulan? Atau datang dari wang / cukai rakyat?
3. Memanglah menggiurkan untuk tinggal di rumah yg harganya sedemikian rupa. Kita yg rumah tak seberapa ni, tentu terbayang-bayang akan keadaan rumah yg harganya RM12 Juta itu.
4. Kolam renangnya, kawasan reakreasinya, bilik-bilik yg dilengkapi alat penghawa dingin, tentu menyilaukan mata sesiapa yg memandangnya.
5. Jangan lupa pula bibiknya!
6. Perlukah dalam usia Tun Abdullah yg sudah hampir 70 tahun itu, dia mendiami rumah yg sebegitu mewah? Atau ini salah satu daripada projek Islam Hadhari yg dicanangkannya dulu?
7. Rumah dunia, walau hebat, cantik tersergam sekalipun, tetap letih menjaganya.
8. Jangan lupa dgn satu lagi rumah yg ALLAH sediakan. FirmanNya (mafhum):
`Dan ALLAH mengemukakan satu misal perbandingan kpd org-org mukmin, iaitu perihal isteri Fir'aun, ketika ia berkata: `Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga..............'
AT-TAHRIM: 11
9. SPRM tak sudi nak risik-risik ke? RM12 Juta tu, bukan 12 Ringgit!
Wednesday, December 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Ini saguhati 'dipencenkan' kot...patut tak dapat bonus tahun ni...
tu belum masuk makan udang galah seminggu 3 kali... upah letak jawatan la tu...
masa jadi PM tak sempat nak buat...dah letak jawatan duit bnyk tak tau nak buat apa...buat umah sebelum mati...
Menantu tolong bancuh simen dengan ikat bata, Bisan tolong buat home deco pasai tu kos dia 12 juta, kalau dua org ni tak tlg mesti kos dia sampai 25 juta... mcm rumah mantan menteri besaq jawa tu. rakyat didahulukan....
Sapa nak berani pi risik, di kebal disisi undang2 dunia, pasai bergelar Tan Tin TUN. Ketua SPRM pun dah letak jawatan. Biaq pi la dia kebal di dunia, tapi di sisi ALLAH pasti dia akan dicabut nyawa oleh Malikil maut juga.
Komen-komen yg menghiburkan hati. Yg harunya, menantu tolong bancuh simen dan ikat batu bata..........
Tak baik buruk sangka korang ni....isk isk isk. ;-))
Post a Comment