Tuesday, December 8, 2009

Diari seorang mukmin

Salam.

Begitulah bernilainya hidup bagi setiap org yg beriman.

Dilihatnya hari yg dilaluinya, hari yg bakal dihadapinya, malahan hari yg telah luput darinya, sebagai detik kehidupan yg tidak mampu disia-siakannya.

Dia memandangnya sebagai satu rahmat yg tidak ternilai dari sisi ALLAH.

Ketika org lain melupakan dosanya, dia mengalirkan airmatanya, kerana dosanya kpd ALLAH. Takut kalau-kalau hari yg berlalu dipenuhi dosa menggunung, yg akan membebankannya di akhirat.

Ketika org lain lalai, alpa, membuang masa dgn hari yg dikurnia ALLAH kpdnya, dia berlumba-lumba melakukan kebaikan, walau sekadar melempar senyuman kpd rakannya. Dia menjadi golongan - Fastabiqul khairat.

Ketika org lain tak punya perancangan hidup, dia menanti kedatangan hari esok, dgn penuh harapan dan kesyukuran, untuk menghiasi hari yg bakal mendatang itu dgn amal yg baik, supaya dia tidak keletihan di bumi mahsyar.

ALLAH berfirman (mafhum):

`.........................Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia ALLAH dan rahmatNya kpd kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi ALLAH membersihkan sesiapa yg dikehendakiNya , dan ingatlah ALLAH Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.'
AN-NUR: 21

3 comments:

Ainur68 said...

Semoga kita termasuk di dalam golongan yang di beri rahmat Allah.
Hubby I cakap jgn mintak RAHMAT bin Abdullah.....haru biru rumahtangga nanti. Be careful wat u wish for!

nurkasih said...

Salam,
Ana teringat kat kuliah ustaz Shamsuri tentang kisah al Qiflu yg di ceritakan oleh Nabi SAW sebanyak 70 kali..

Syeikh Yusoff Haji Ahmad said...

salam...
moga kasih sayang dan keredhaanNYA sentiasa kan menjadi milik kita...
saat2 waktu kita mendambakan cintaNYA, DIA sentiasa ada untuk kita hambaNYA!!!!...kita baru berjalan kepadaNYA..DIA sudah pun berlari mendapatkan kita hambaNYA!!!Sebenarnya, kasih sayangNYA sentiasa mengatasi kemurkaanNYA!!!