Friday, December 25, 2009

Air mata PMR!


Salam.

Rasulullah saw telah brsabda (mafhum):

`Tidak akan masuk neraka seseorang yg menangis kerana takut kpd ALLAH, sehingga susu itu dapat kembali ke lampungnya (menunjukkan satu perkara yg mustahil). Tidak akan berkumpullah debu fi sabilillah itu dgn asap neraka jahannam.'
(MUSLIM DARI ABU HURAIRAH R.H.)


Berapa banyak dah air mata kita tumpah kerana menangisi dosa-dosa yg lampau?

Berapa banyak pula yg dialirkan kerana mengenangkan betapa banyaknya ni'mat ALLAH k atas kita, tetapi terlalu sedikit amalan yg dipersembahkan kpd ALLAH?

Hari ini ramai ibu-bapa yg menangis gembira atas keputusan cemerlang anak-anak mereka di dalam PMR. Tahniah diucapkan. Segala penat-lelah berbaloi dgn keputusan yg diterima.

Jangan pula nanti ibu-bapa menangis di akhirat kerana anak cemerlang di dunia sahaja.

Solatnya diabaikan. Tak pernah diambil peduli oleh ibu-bapanya.

Penjagaan 'auratnya pun tak diambil kisah. Anak zaman sekarang, biarlah mengenal fesyen-fesyen terkini!

Pakai seluar jeans, t-shirt lengan pendek, tudung ala-ala Sophia Loren....... Biarlah, anak zaman internet. 1 Malaysia!

Dia nak bawak balik rumah jantan mana pun tak kisah. Ini zaman Brad Pitt, Tom Cruise. Bukan zaman Nordin Ahmad dalam Film Semerah Padi.

Nanti jantan tu usung dia ke sana ke mari. Penyudahnya, anak dara pun usung perut yg sudah berisi. Itu yg akhbar dedahkan - Hari ni aqad nikah, esok beranak!








2 comments:

siti ajar bt yaakob said...

kesian sangat kepada para remaja zaman sekarang,..mereka diasak oleh pelbagai musuh dari serata sudut...pelbagai agenda dicipta untuk meruntuhkan iman....cikgu Ct amat takut kerana anak2 sudah remaja semuanya,..amat cemburu dengan kemajuan yang banyak menggoda...memang kesian sebab faktor persekitaran lebih mengancam jiwa dan raga biarpun dada sudah dipupuk iman sejak kecil...

Ainur68 said...

Itulah fitnah akhir zaman. Semoga Allah memberi kekuatan buat kita semua dalam menghadapi nya.