Wednesday, September 23, 2009

Positif ke negatif?



Salam.

Di atas adalah gambarajah gelombang, atau frekuensi yg dikenali sebagai Sine Wave.

Atas dpd garisan tengah itu di namakan Positive Half Cycle, manakala di bawah dpd garisan tengah itu dinamakan pula Negative Half Cycle.

Dah 3 hari kita meninggalkan Ramadhan yg mulia, adakah sifat2 yg positif masih bersama kita?

Adakah berterusan sehingga ke hari ini dgn pembacaan al-quran, bersedeqah, membanyakkan solat sunat, mengurangkan makan, dan lain2 sifat mulia yg telah dididik oleh Ramadhan?

Atau quran disimpan, tunggu tahun depan pulak baru nak baca.

Buruk lantak - makan dengan tidak mengambil kira lagi kuantiti yg diambil, sedangkan Ramadhan mendidik supaya mengambil makanan dgn kadar yg tertentu.

Masjid dan surau - back to square one- kembali ke asal, dgn hanya didatangi oleh jamaah yg istiqamah sebelum Ramadhan lagi, manakala yg beri'tiqad bahawa ibadah ini bermusim, terus menghilangkan diri, dan akan muncul semula Ramadhan tahun depan. Subuh pun dah tak sampai satu saf dah!

Atau anak yatim akan menjadi 'piatu' semula selama 11 bulan, sbb ada yg melihat anak yatim hanya disantuni sebulan sahaja di bulan Ramadhan.

Inilah kesilapan berulang. Orang yg sering mengulangi kesilapan adalah org yg gagal dalam hidupnya. Tidak mengambil pengajaran dari kesilapan yg dilakukan.

Rasulullah saw pernah berabda (mafhum):
'Katakanlah: Aku telah beriman kpd ALLAH, kemudian hendaklah istiqomah.'
MUSLIM.

Tuesday, September 22, 2009

Album Raya

Rembatan di pagi raya.............


Di rumah abg Amir, bendahari Masjid Batu, Pmtg Pauh


Ummi dan Hafiz


Waris keturunan perjuangan Islam


Di kubur sahabat karibku, aruah Hj Syarif di Masjid Kelang Lama, Kulim.
Meninggal 18 Ramadhan 1430H.
Allahumma ighfirlahu warhamhu........


Semoga engkau tenang dan selamat di sana.........


Di rumah ayah Fitri di Tandop


Ibu dan ayah Fitri
Di rumah Cikgu Khalid, Kulim

Sunday, September 20, 2009

Kembali fitrah



Salam.

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idulfitri kpd semua yg mengikuti blog ini. Minal 'aideen wal faizin. Kullu 'am wa antum bil khoir.

Ust Halim Nasir
Puan Noraini Baharin
Mohd Hafiz
Khairul Anuar
Nurhafizah

Saturday, September 19, 2009

Dah dapat ke?

Salam.

Agak-agak hujung Ramadhan ni, dah dapat ke taqwa?

Kata 'Ali R.h.:

'Bahawa TAQWA itu adalah takut kpd Zat Yg Maha Agung, ber'amal dgn apa yg diturunkan (AL-Quran), redha dgn yg sedikit dan mempersiapkan diri untuk hari kematian (qiyamat).'

Muhasabah diri............................

Wednesday, September 16, 2009

Langkahan qalbumu


Salam.

Kembalilah kau kpd Allah Azza Wajalla, dgn memperbaharui Islam, memperbaiki taubat dan ikhlasmu.

sebelum datangnya maut...............

Sebab, bila maut telah tiba, pintu taubat akan ditutup, sehingga kau tidak akan dapat masuk ke dalamnya.

Kembalilah kpdNya, dgn melangkah kaki qalbumu, agar pintu anugerahNya tidak dikunci untukmu

Maka apabila sudah terkunci jiwamu, maka kekuatan, kekayaan dan hartamu, semahunya tidak akan diberkatiNya.

Kuncilah pintu qalbumu. Isilah dgn zikrullah sahaja.

Bertaubatlah setiap kali kau mengerjakan ma'siat.

Sesalilah perbuatanmu yg kurang sopan.

Tangisilah kesalahan-kesalahanmu.

Bantulah si faqir miskin dgn sedikit hartamu.

Janganlah bersikap tamak, kerana sebentar lagi, hartamu akan kau tinggalkan................

Sunday, September 13, 2009

Semakin kabur



Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

'Allah yg menciptakan kamu bermula dgn keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu, Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu, Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yg dikehendakiNya, dan Dialah jua yg Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa.'
54: AR-RUM

6 bulan lepas, pakai cermin mata untuk membaca sahaja.

Seminggu dua ni, mata jadi semakin kabur.

Drive kereta sebelah malam, cahaya lampu dari traffic light dah pecah 7!

Hari ni nak pergi check mata. Rasa-rasanya, confirm kena pakai cermin mata lepas ni.

Ini lah kita manusia. Semua ini adalah sebahagian tanda-tanda ke arah ketuaan, dan menuju proses ke alam yg seterusnya.................................

Saturday, September 12, 2009

Jadilah yg sedikit itu

Salam.

Rasul yg mulia, saw, telah bersabda (mafhum):

'Kebaikan itu banyak tetapi pengamalnya (yg melaksanakannya) sedikit.'
ABU HANIFAH.

Mari kita masuk golongan yg sedikit ini.

Sedikit yg berkualiti.

Tentera Tolut yg lawan Jalut tak ramai. Tak sampai 500 org, lawannya Jalut, hampir 4,000 org.

Tentera Islam di Medan Badar pun tak ramai - 313 lawan 1000 di pihak musyrikin.

Seorang badwi mentarbiyah Sayyidina Umar r.h. dgn doanya di hadapan Ka'bah - Ya ALLAH! Jadikanlah aku di kalangan org yg sedikit!.

Umar r.h. tersentak dgn doanya. Lalu badwi menyatakan - Tidakkah khalifah membaca Al-
Quran? Di dalamnya ada ayat - Qolilumma tasykurun.......... (sedikit sangat yg bersyukur......)

10 mlm yg akhir terlalu banyak kebaikannya.

Marilah kita menjadi pengamal yg sedikit itu.

Wednesday, September 9, 2009

Aku akan merinduimu..................

Salam.

Jan 2002 - Selesai aku menyampaikan kuliah sirah di Masjid Kelang Lama, Kulim, aku didatangi seorang anak murid yg memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Syariff. Dalam perbualan singkat selepas Isyak itu, dia menyatakan hasratnya untuk menyertai rombongan umrah yg aku pimpin pd bulan Jun nanti. Kami bersurai setelah aku menjelasan apa-apa yg perlu disediakannya untuk dokumentasi di Kedutaan Arab Saudi, tiket dsb.

Feb 02- Selesai kuliah maghrib, selepas Isyak, aku dijemput makan malam di rumahnya, di Taman Perak, Kulim. Diperkenalkan kpd isterinya, Puan Jamilah, ibunya, dan anak-anaknya. Selesai makan malam, sambil berbual mesra, kami menguruskan hal-hal perjalanan untuk ke tanah suci makkah.

Jun 02- Ketika Bolasepak Piala Dunia 02 baru nak bermula, aku dan rombongan sudah berangkat dan berada di tanah suci. Musafiir kali ini agak menarik kerana aku dan beberapa ahli rombongan diizin ALLAH mendaki hingga ke puncak Jabal Nur, di mana terletaknya Gua hirak, tmpat wahyu pertama diturunkan.

Kembali dari umrah, hubungan aku dgnnya menjadi semakin akrab. Dia mewaqafkan dirinya untuk menjadi peneman dalam perjalann kuliahku ke Masjid Telekom Taiping dan di Manjoi, Ipoh.

Aku dapat merasakan keikhlasannya dalam bersahabat. Baik budinya, lemah-lembutnya, peramahnya, menyebabkan aku menganggapnya bukan lagi sahabat, malah sudah seperti adik-beradik. Begitu juga dgn isteri dan anak-anaknya, terlalu rapat dgn aku dan isteri. Anak-anaknya sudah seperti anak-anak kami.

Sesekali kami keluar melancung agak jauh sikit untuk hilangkan bebanan tugas seharian.Kami ke Cameron Highland. Juga ke Pulau Kapas di Terengganu, berendam, mandi laut, mengalahkan budak-budak kecil. Sesekali kami ke Kelantan.
Begitulah kemesraan yg dijalin...................

11 Ogos 09- Selasa- Seperti mana biasa, kuliah bulanan ku di Ipoh. Aku dan isteri mengambil Syariff di check-point biasa - rumah Abg Amir di Permatang Pauh. Syariff mintak untuk memandu keretaku, kerana dia hanya datang dgn Kelisa sahaja, kerana kereta Alfanya masuk bengkel.

Sepertimana biasa, sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Ipoh, gelak ketawanya, senda guraunya, menjadi penghibur penghilang kebosanan di lebuh raya. Cuma, aku dan isteri merasakan sedikit kelainan kali ini. dia terlalu 'happy' dalam pandangan aku dan isteriku. Gelak ketawanya agak lain dri bulan-bulan yg sebelumnya............

24 Ogos 09 - 3 Ramadhan- Isnin - Selesai tazkirah Ramadhanku di Masjid Kelang Lama, Kulim, aku, Syariff dan AJK Masjid yg lain menjamu selera di pej masjid dgn bihun spore yg agak enak. Syariff duduk setentang dgnku, tak banyak cakap kali ini, agak diam berbanding sebelumnya. Selesai makan, aku bersalaman untuk pulang, dan mengingatkan Syariff ttg program di Tambun pd 2 Sept nanti. Dia kata, InsyaALLAH........

1 Sept - Isnin -Isterinya, Jamilah, memberitahu bahawa Syariff batuk dan demam. Tak dapat nak pergi ke Tambun. Aku dan isteri pun faham bahawa memang dia ada rekod ttg penyakit lelahnya. Org kena lelah, bila batuk yg kuat, faham-faham la.

Esoknya, dia dimasukkan ke Hosp Kulim. Bukan wad biasa, tapi ICU! Aku dan isteri mula merasa bimbang. Aku tak sempat nak pergi ziarah di awalnya kerana demamku belum lagi kebah pd waktu itu. Aku sms pd isterinya menyatakan keuzuranku dan isteriku yg turut sama demam.

Aku sempat berbalas sms dgn Syariff, bertanyakan khabar. Dia tidak boleh nak bercakap kerana Dr memasangkan oksigen mask untuk membantu pernafasannya.

7 Sept - 17 Ramadhan - Isnin- Sms masuk ke dalam hphoneku. Bukan lagi dari Syarif, tapi dari anaknya. `Ustaz, tolong buat solat hajat, abah tak sedar, Dr dah bagi kadar oksigen yg paling maksimum buat abah., demikian antara isi kandung mesej dari anaknya.

Jantungku bagai direntap kuat! Aku mesti menziarahinya segera. Selepas habis ceramah Badar Kubra di Masjid Batu Permatang Pauh, aku dan isteri, dalam keadaan yg masih belum sehat sangat, bergegas ke ICU Hosp Kulim. Ku lihat anak dan isterinya semua sudah ada di sana. Aku menziarahinya, dalam keadaan hampir seluruh badannya dipenuhi dgn wayar, dia sudah tidak sedar diri. Aku hanya mampu berdoa di sisinya, tanpa disedari
kelopak mataku menampung air mata yg hampir gugur. Aku dapat merasakan, aku akan berpisah dgnnya, walaupun aku menggantungkan harapan yg tinggi kpd ALLAH di dalam doaku, tapi hati kecilku terus berbisik sebaliknya.

8 Sept 09 - 18 Ramadhan 1430H - Selasa- Jam 12.30tgh, sepupunya, Zul, menelefon isteriku. Jantungku berdegup kencang. Telahanku benar, bila aku mendegar isteriku meraung dalam tangisannya. Syariff pergi buat selama-lamanya,pada usianya 45 tahun, akibat komplikasi pneumonia - kegagalan bernafas berpunca paru-paru yg berair.
Aku dan isteri bergegas ke Hosp Kulim, terus ke bilik mayat. Sambil menanti kedatangan anak muridku, Syeikh Husin dan pasukannya untuk memandikan jenazah, aku menangis sepuas-puasnya, kerana aku tak pernah bertemu anak murid, sekaligus sahabat yg baik sungguh sepertinya. Dia berjaya bertakhta di hatiku.

Selesai mandi jenazah sekitar jam 4.15 ptg, aku dan beberapa org anak murid yg masih berada di bilik pengurusan jenazah, menyembahyangkan jenazahnya. Aku bersyukur kpd ALLAH kerana dapat mengimamkan solat jenazahnya, kerana bagiku, inilah yg mampu aku berikan buat insan baik sepertinya.

Setelah selesai keluarga terdekat bertemunya buat kali yg terakhir, jenazahnya dibawa terus ke Masjid Kelang Lama, Kulim, untuk disolat anak qaryah.

Selepas ini, tiada lagi lawak dan jenaka mengiringi perjalanan kami di lebuh raya...........
Tiada lagi nak singgah di R&R Gunung Semanggul arah Utara untuk pekena roti canai banjir balik dari Ipoh.......
Tiada lagi nak singah di R&R Bukit Gantang nak beli buah-buahan..............
Semua laluan dan persinggahan itu akan menjadi kenangan buat aku dan isteriku, atas insan baik yg bernama Syariff.........

7 tahun......ya, hanya 7 tahun aku dan isteri bersamanya, namun kami merasakan seperti 70 tahun. Kemesraan yg dibina atas persahabatan yg diikat atas nama aqidah yg suci.

YA ALLAH! PdMu aku memohon
Lapangkan quburnya,
Amankan dia dari fitnah di alam barzakh,
Terima dia di sisiMu,
Jadikanlah quburnya salah satu taman dari taman-taman Syurga.

Ya ALLAH! Tidak pernah aku bersedih yg amat sangat seperti ini ketika kehilangan kawan......

Semuanya kerana dia insan istimewa yg pernah bertakhta di hatiku.

Al-Fatihah buat Hj Syariff.

Tuesday, September 8, 2009

AL-IJAD dan AL-IMDAD

Salam.

Firman ALLAH (mafhum):

`Ada masanya org-org yg kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi org-org Islam.'
AL-HIJR: 2

Syukur kita atas 2 ni'mat:

1. NI'MAT AL-IJAD
Iaitulah ni'mat menjadi manusia, tidak jadi lembu kerbau.

2. NI'MAT AL-IMDAD
ALLAH kirimkan manusia dgn para Nabi dan Rasul silih berganti. Adanya Al-Quran yg membimbing manusia ke jalan yg lurus. Ni'mat iman dan taqwa. Ni'mat memahami Islam.

Monday, September 7, 2009

Usain Bolt dan pecutan akhir



Salam.

Alhamdulillah, semakin sembuh. Ada sedikit kekuatan untuk menulis.

Bila kita memandu sebarang kenderaan, kita akan selamat sampai ke destinasi yg dituju kerana yg pertamanya, atas pemeliharaan ALLAH SWT, yg telah menyelamatkan perjalanan kita dari sebarang perkara yg tidak baik.

Yg keduanya, kerana kita memandu dalam keadan memandang ke hadapan, tidak ke belakang.

Sudah 16 Ramadhan. Kita mesti terus memandang ke hadapan untuk mencapai ketaqwaan.

Menanti di hadapan ialah 10 mlm yg akhir, dan Lailatul-Qadr.

Pecutan akhir ke garisan penamat mesti dilipatgandakan.

Manusia terpantas dunia, Usain Bolt dari Jamaica, akan terus memecut dgn lajunya menuju garisan penamat. Lagi dekat nak sampai ke garisan penamat, lagi dia memecut sehabis tenaga.

Kalau lah Usain Bolt melakukan yg sebaliknya - Lagi 15 meter nak sampai ke garisan penamat, tiba-tiba dia berlari mengundur ke belakang! Akibatnya, satu stadium akan pengsan, dan keesokan harinya, keluar di muka depan akhbar-akhbar utama dunia - USAIN BOLT - PELARI PALING GILA DI DUNIA!

Pastikan pecutan anda!