Sunday, January 10, 2010

Teka-teki kehidupan

Assalamu'alaikum wrm.

Kehidupan ini penuh dengan teka-teki, kata Almarhum Bung Hamka.

Seperti mengisi jawapan di dalam kotak-kotak peraduan Teka Silangkata. Betul hurufnya, betullah jawapannya, atau sebaliknya.

Insan-insan baik yg menabur kebaikan untuk orang lain, diketepikan, diasingkan, tidak dipedulikan, seolah-olah penjenayah perang Serbia yg mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

Insan-insan cemerlang yg cuba membaiki keadaan, dengan nasihatnya, dgn sedikit 'ilmunya, dilabel sebagai golongan yg tak beli insuran untuk mulut mereka. Mulut laser! Walhal, yg diinginkannya hanyalah kebaikan bagi org itu. Namun, ia telah di salah tafsirkan.

Manusia-manusia yg dulunya susah kehidupannya, lena dibuai mimpi kemewahan.

Terlupa pernah kekeringan wang di poket.

Terlupa dahulunya, di dapurnya, tak punya gula dan kopi.

Terlupa dahulunya, menu tengaharinya adalah nasi berlauk ikan kering dan telur mata kerbau.

Kebaikan yg dicurahkan, dibalas tuba yg pahit!

Bingung apabila memikirkannya.

Tercari-cari di mana salah dan silap.

Namun, demikianlah sabda Rasul yg mulia (saw):
Di akhir zaman, org yg baik dianggap jahat, org yg jahat dianggap baik.

Lalu hatinya berbisik:
'Biarlah manusia membenciku kerana kebenaranku, asalkan ALLAH, Tuhanku, tidak mengeluarkan aku dari Rahmat dan Kasih SayangNya.'

Diyakininya janji ALLAH ini sepanjang hayatnya. ALLAH berfirman:


Maksudnya: ' (Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdo'a: ' Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kpd kami untuk keselamatan ugama kami.'
AL-KAHF: 10

No comments: