Wednesday, January 20, 2010
Rindu yg tak pernah padam
Maksudnya: 'Sesungguhnya rumah ibadat yg mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kpd Tuhannya) ialah Baitullah yg di Makkah, yg berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.'
ALI-IMRAN 96
Assalamu'alaikum wrm.
Kali pertama aku melihatnya adalah pd tahun 1996.
Masih ku ingat, ketika menuruni anak-anak tangga di Dataran Syaibah di dalam Masjidilharam, di celah-celah tiang masjid itu, mata ku liar mengintainya.
Sebaik sahaja aku berada di hadapannya, aku terpaku. Kelu lidah untuk berkata-kata. Semacam tidak percaya. Sejuk mata memandangnya, teringat Rasul yg mulia......
Sekali fikir, apa lah yg ada padanya. Batu-batu yg dibaluti kelambu berwarna hitam.
Ia bukan KLCC, jauh sekali KL Tower. Ada lif yg canggih, laju. Ada restoran berpusing di atasnya. Sediakan wang secukup rasa, kerana harga makanannya melebihi warung Pak Ngah di Megat Dewa.
Namun, ia hebat kerana ia Rumah ALLAH.
Ada sentuhan tangan-tangan manusia mulia - Nabi dan Rasul a.h.s.
Bermula dgn Nabi Adam a.s., sehingga Ibrahim a.s., hinggalah junjungan Muhammad saw.
Sentuhan para Rasul adalah keberkatan.
Apatah lagi ajaran mereka.
Keberkatan yg berpanjangan sehingga kiamat.
Menghadirkan kerinduan yg tak kunjung padam. Rindu, dan terus merinduinya.........
Ya ALLAH! Ubatilah rindu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment