Saturday, July 11, 2009

Pewaris-pewaris Jahiliyyah


Ya ALLAH........Kesian yg tak berdosa ini.


Salam.

ALLAH berfirman (mafhum):

`Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.

`Ia bersembunyi dari orangramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yg disampaikan kpdnya (ttg ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir;) adakah ia akan memelihara anak dalam keadaan yg hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yg mereka hukumkan itu.'
AN-NAHL: 58-59.

'Arab jahiliyyah tanam anak perempuan hidup-hidup kerana menganggap ada sial pada anak-anak perempuan.

Tiga hari lepas, di Sungai Petani, seorang gadis berusia 20 tahun melahirkan anak tanpa perkahwinan yg sah.

Yg hebatnya, si ibu turut sama `merestui' perlakuan keji si anak dgn mencampakkan bayi itu ke dalam tong sampah!

Laporan polis telah dibuat. Mereka akan di dakwa kerana menyembunyikan kelahiran!

Tak timbul isu zina, kerana zina adalah perkara biasa dalam masyarakat One Malaysian sekarang ini.

Di akhirat, inilah dialognya:

`Dan apabila anak perempuan yg ditanam hidup-hidup: di tanya'

`Dengan dosa apakah ia dibunuh?'
AT-TAKWIR: 8-9






`

1 comment:

Ainur68 said...

Salam. apa yang Ana nampak sekarang Islam dan Melayu telah pun dipisahkan.