Thursday, October 30, 2008

Unta..... di atasnya Rasul yg mulia......

Firman ALLAH Pencipta agung (mafhum):
`Maka apakah mereka tidak memerhatikan bagaimana unta diciptakan?'
17: AL-GHASYIYAH

Kata Enstein :` Barangsiapa yg mahu mengkaji alam ini, nescaya dia akan mengetahui bahawa si Pencipta pastilah Maha Bijaksana dan tidak bermain2 dalam penciptaanNya.'

Si unta ini datang dari Quba', direbut ia oleh Ansar, mintak unta itu berhenti di rumah mereka, kerana di atasnya Rasul yg mulia, dan sahabat yg setia......akhirnya di rumah rakan karib ayah RasulNya ia memilih tempat berhentinya- di rumah Abul Ayyub Al-Ansari...

Unta menghuraikan kekusutan sahabat ttg berapa jumlah tentera musyrikin di dalam Badar Al-kubra. Perisik yg ditangkap Ali r.h. kata- `kami makan unta, kami sembelih sehari2, kadang 9, kadang2 10 ekor.' Rasul yg mulia menjawab- `jumlah mereka 900-1000 org kerana seekor unta boleh dimakan oleh 100 org!

Unta itu menurut perintah ALLAH, enggan ia berjalan lagi di Hudaibiyah. Duduk diam ia di atas tanah. Sahabat r.h.m. ambil kayu, lalu menyucuk punggang unta, arahkan ia meneruskan perjalanan, Rasul yg mulia bersabda- `ia diberhentikan ALLAH yg telah menjalankan ia.'

Nak minum susu unta, sebelum sampai ke Hudaibiyah,di sebelah kiri kanan perjalanan, ada ladang unta. Boleh minum, beli bawa balik- 5 riyal saja!

Cuma, jgn turun sujud dari i'tidal mcm unta (tgn jatuh dulu), Rasul yg mulia menegahnya!

No comments: