Friday, April 24, 2009

Ke Pulau Mahsuri

Lega...... alun tak berapa kuat

CD Motel di Pantai Cenang.

Bilik penulis. Jgn lupa telefon no yg tertera utuk tempahan

Selesa..... lena tidur

Bilik air yg bersih

Dari luar bangunan Motel

Pemandangan cantik dari tgkt atas Motel

Salam.

Sudah hampir 10 bulan aku tidak menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi.

Aku hadir semula ke Langkawi bersama isteri dan anak, untuk menyambung semula kuliah bulanan ku di Surau Kuala Melaka.

Sepertimana biasa, tempat penginapanku ialah CD Motel, yg terletak di kawasan peranginan Pantai Cenang. Kalau ke Langkawi, jgn lupa menginap di Motel ini, selesa dgn segala kemudahan yg berdekatan dgn tmpt penginapan.

Mlm lepas kuliah, aku dan anak2 murid ku yg lain, spt biasa, bersantai di Taj Mahal Rest di Pantai Cenang, berdekatan dgn Motel. Kami pekena kari kambing dan roti nan garlic. Punya la sedap, sampai mlmnya payah nak lelapkan mata sbb badan dah naik panas- kambing dah mengamuk!

Yg paling sedapnya, sampai skrg tak boleh lupa- Fresh orange yg begitu pekat dan lazat sekali!

Tunggu- 27 mei 09, aku akan ke sana lagi, InsyaALLAH.

Fresh orange tak mau ais satu!

Wednesday, April 22, 2009

Negative Feedback

Circuit diagram of -ve feedback


Salam.

Below is the advantages of negative feedback using in the circuit:

1. Stabilisation of voltage gain (reducing noise, temperature etc)

2. Increasing input impedance (Z)

3. Decreasing distortion

4. Increasing bandwidth (BW)

but..... the negative feedback from Perak state was far not so good.....

Hoping for positive feedback to turn 'on' in Perak for the sake of the democracy and the people of
Perak.

Dissolve the State Assembly!

Tuesday, April 14, 2009

Friendship



Lepas makan tengahari bersama anak dan isteri, penulis terus teringat kawan lama yg penulis kenali semenjak tahun 95 lagi- Hj Wan Hamidi. Dia asal Kelantan, berhijrah ke Selangor. Penulis pula berasal dari KL, berhijrah pula ke Kedah. Begitulah ketentuan ALLAH.

Kami bertemu sekejap hari tu dalam himpunan penamaan calun PRK Bukit Gantang 29 Mac yg lepas. Tak sempat nak berbual apa2, maklum la lautan manusia memenuhi padang MPT pd hari itu.

Kami bersms sahaja, bertanya khabar anak2 dan profesion terkini.

Penulis berjanji kalau balik KL nanti, akan ke Klang untuk menziarahinya.

Apa yg penting adalah nilai sebuah persahabatan, dan di dalam Islam, persahabatan boleh membawa ke syurga atau ke neraka.

Ingat apa yg Rasulullah pesankan- `Seseorang itu terikat ia dgn ugama(gaya hidup) kawannya.'

Penghuni langit mengenalinya


Semalam berlangsung acara untuk memilih:

Bintang Paling Popular
Pelakon Filem Lelaki / Wanita Popular
Penyanyi Lelaki / Wanita Popular
Pelakon TV Lelaki / Wanita Popular
Penyanyi Berkumpulan Popular
Artis Nasyid Popular
Artis Komedi Lelaki / Wanita Popular
Artis Baru Lelaki / Wanita Popular
Pengacara TV Lelaki / Wanita Popular
Penyampai Radio Lelaki / Wanita Popular
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Tabi'en yg paling hebat, Uwais Al-Qarni pernah disebut oleh Rasulullah saw sebagai:
`Manusia yg tidak dikenali oleh penghuni bumi, tetapi dikenali oleh penghuni langit!'.

Di mana kita?

Monday, April 13, 2009

Air oh air!



Sejak semalam lagi, kawasan perumahan yg penulis tinggal, Bandar Laguna Merbok, S.Petani, terputus bekalan air.

Air yg diguna pakai hari ni pun adalah baki2 air yg ada di dalam tangki di dalam rumah masing2.

Baru terasa sedikit ketidak selesaan. Lori tangki kata nak datang nak hantar air, sampai sekarang muncung lori pun masih tak nampak2 lagi.

Ini baru putus bekalan air, sudah dirasakan ketidak selesaannya.

Bagaimana kalau putus amalan di akhirat?

Bagaimana kalau putus dari mendapat syafaat dari Rasulullah saw di akhirat?

Ya ALLAH! Rahmati kami dalam syafaat RasulMu............

Saturday, April 11, 2009

Digital matematik



Dalam matematik biasa: 1+1 = 2.

Dalam perkiraan digital teknologi: 1+1 = 1 0 (dibaca ONE ZERO atau SATU KOSONG).

Tak boleh dibaca dgn bunyi 10 (sepuluh).

Pelik ke? Tak, sbb itu adalah undang2 di dalam ilmu digital, perkiraan sistemnya begitu.

Habis yg peliknya apa? Yg peliknya spt kenyataan ini:

-kata Pen Setiausaha Pemuda UMNO `jika Khairy menjadi menteri atau timb menteri, masa untuk memperkasakan pergerakan tersebut adalah terhad.' Tugas ini adalah lebih penting dpd menjadi menteri kabinet.

- UMNO Perlis kecewa kerana tak da wakil dalam kabinet Najib, walhal berjaya menyekat kemenangan PAS di Perlis.

- Dalam Harian Metro hari ni ms 19 dgn tajuk- UFO tidak muncul
Org ramai hampa untuk lihat objek
bercahaya hijau, putih

Hampa apanya? Kan banyak objek bercahaya hijau putih d merata-rata tempat?

Kiri kanan tepi jalan, atas pokok, atas bumbung rumah, paling banyak di Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ni.

Tak nampak ke? Kalau tak nampak, sah dah rabun. P periksa mata dgn kadar segera.

Banyak lagi yg pelik yg akan muncul tak lama lagi.

Friday, April 10, 2009

Gerakkan saraf neuron anda!


Assalamu'alaikum.

Mari fikirkan:

1. Mengapa Khairy Jamaluddin tak tersenarai dalam kabinet?

2. Mengapa kaum Cina banyak sokong YAB Hj Nizar di Bukit Gantang?

3. Mengapa sebahagian Melayu masih bertegas menolak PAS, terutama di Bukit Gantang?

4. Hari ni suratkhabar Kosmo siarkan ttg kisah Misha Omar masih guna handphone model lama- Sony Ericsson K810i. Apa hebatnya berita ini?

5. Bila Ngar Ko Ming DAP baca Al-Quran, adakah dia mempersenda atau tersalah sebut?

6. Bekas Pres MCA, Tun Ling Liong Sik pernah berkata- `Kalau balik kpd hukum Islam, ini memutar jarum ke belakang!.' Ini mempersenda atau tersalah sebut?

7. Bila pemikiran org melayu di malaysia di asak dgn doktrin- `Islam itu melayu, melayu itu Islam' semata-mata, berapa ramai agak2nya akan bertambah jumlah umat Islam di Malaysia ni?

8. Bila Tun Mahathir kata kabinet yg `positif', apa maknanya?

9. Mengapa Najib tak sebut Islam Hadhari dalam ucapan pengenalan jemaah kabinetnya kelmarin?

10. Akhirnya, mengapa banyak sangat replika kapal selam dalam penamaan P059 Bukit Gantang 29 mac hari tu?

Ayuh, gerakkan saraf neuron anda!

Thursday, April 9, 2009

Untungnya Yusuf Islam



Yusuf Islam (Cat Steven) pernah berkata setelah sekian lama dia memeluk Islam:
`Aku bersyukur kpd ALLAH SWT yg telah menemukan aku terlebih dahulu dgn ISLAM, sebelum bertemu ORANG ISLAM.'

Bila dah lama sedikit dia di dalam Islam, barulah dia nampak akan perangai hodoh sebahagian dari umat Islam.

- Sebahagian org Islam di Malaysia berpolitik dgn cara yg amat menjelikkan.

- Di Bukit Selambau, ada tayangan percuma pertunjukkan punggung oleh sang puteri UMNO.

- Di Bukit Gantang, Hj Nizar di maki hamun. Di boo, ditendang keretanya di UPU Air Putih sehingga hampir mencetuskan pergaduhan, angkara puak2 yg mengaku berjuang atas nama Islam dan melayu, tapi rupanya masih buta kayu! Namun Hj Nizar masih melemparkan senyuman!

- Di DUN Trong, ada petugas2 yg mengaku berjuang atas bangsa melayu, ketika Hj Nizar datang menziarahi mereka, ada yg enggan bersalam, kerana kata mereka, mereka tak layak bersalam dgn si penderhaka, apatah lagi mengundi Hj Nizar.

- Di Changkat Jering, ada petugas yg sayangkan Islam, pengsan di baling dgn botol air oleh puak2 buta kayu ni.

- Dalam internet pula, berapa ramai bloggers2 yg masih tidak puas hati dgn kekalahan, menaburkan berbagai2 kata2 kesat, yg hanya layak ditulis oleh seekor khinzir sahaja.

- Bila la agak2nya kita boleh berpolitik macam Obama dan John Mc Caine?

- Untung dan bertuah Yusuf Islam, kerana dia bertemu terlebih dahulu dgn Islam, sebelum org Islam!

- HIDUP ISLAM!

Saturday, April 4, 2009

Jgn makan gula-gula ni....



Gula-gula jenama terbaru baru dikeluarkan di putrajaya.

`Innocent until proven guilty' adalah perkara lumrah dalam perkara undang2. Maka pembebasan 13 tahanan ISA adalah perkara biasa. Mereka tidak pernah didakwa di mahkamah.

Kembalikan semula permit Harakah dan Suara Keadilan, juga perkara biasa kerana perlembagaan malaysia menjamin hak kebebasan bersuara.

Pengundi di 2 Bukit dan satu Batang diingatkan supaya jgn memakan gula2 ini.

Tak sedap pun!

Friday, April 3, 2009

Pepatah Omputih.......


Assalamu'alaikum.

KHALIFAH UMAR BIN ABD AZIZ r.h.m.

1. Dilantik Khalifah Umayyah yg seterusnya pd Safar 99H.

2. Dalam tempoh hanya 2 tahun 5 bulan, Umar r.h.m. telah menghiasi muka bumi dgn keadilannya, mengembalikan hak mereka yg dizolimi dan menghidupkan segala bentuk sunnah yg mulia.

3. Antara isi ucapan sulungnya sebagai Khalifah:
`Saya ingin berpesan kpd kalian agar bertaqwa kepada ALLAH, kerana sesungguhnya taqwa kpd ALLAH itu merupakan asas kpd setiap perkara dan tidak ada lagi benda lain yg boleh menjadi galang gantinya.

Beramallah kalian semua untuk kehidupan akhirat kerana sesiapa yg melakukan yg demikian, nescaya ALLAH akan menjadi pelindungnya di dalam setiap urusan duniawinya.

Perbanyakkan olehmu mengingati mati dan persiapkanlah bekalan akhiratmu sebaik-baiknya sebelum ajal menemui kalian, kerana sesungguhnya memperbanyakkan mengingati mati dpt menjauhkan hati dpd terpesona dgn kelazatan dunia.

Wahai manusia! Sesiapa yg taat kpd ALLAH, maka WAJIB kita mentaatinya, tetapi sesiapa yg melakukan maksiat terhadap ALLAH, MAKA KITA TIDAK PERLU MENTAATINYA. Justeru itu, taatlah kpd ku selama mana aku taat kpd ALLAH, sebaliknya jgn mentaatiku jka aku ingkarkan ALLAH.'

4. Kata pepatah omputih- NEW BROOM SWEEP WELL!

5. Harap2 PM ke-6 memahami tanggungjawab mengangkat rakyat ke tahap memahami Islam secara jelas dan terang, bukan berselindung di sebalik slogan2 yg memualkan.

6. Apa pun, teori RAHMAN berhenti pd tarikh ini.




Lembu lagi mulia.......



Tok Guru Nik Aziz kata- `org hisap rokok lebih hina dari lembu!'.

Berhenti la merokok, takkan nak bagi gelaran lebih teruk dari lembu lagi.

Pakai serban- mulut berkepul-kepul asap rokok!

Takbir punya kuat sampai tikus pun pengsan- mulut menyedut racun pemusnah!

Marah ke yahudi- Tak sedar menjadi penyumbang kpd yahudi!

Cakap tak serupa bikin! Tuuuuuiih!

Wednesday, April 1, 2009

Bantu jentera DUN K.Sepetang

Ceramah kelumpuk di UPU Air Putih





Kesian........tinggal kulit je...

dan pekena mee udang di kuala sepetang. Mentua lalu di belakang mmg tak nampak punya.

RM6 sepinggan.

Mmg terangkat punya!


Monday, March 30, 2009

Picture tells U thousand words.....


Budak yg masih kecil ini pun tahu benarnya perjuangan PAS.

Sebahagian spesis org2 tua asyik mengumandangkan soalan yg sama- `mane kapal layor nye? (dibaca dlm loghat perak)'

Kapal layor dah tenggelam lama dah....... seiring dgn tenggelamnya Titanic.....

Dan kapal itu akan terus ditenggelamkan, tak timbul2 lagi, InsyaAllah.

Tenggelam kerana banyak sangat kebocoran di geladak bawah.

Rasuah.......dendam.....hasad.....pembohongan.... pendek kata- Macam-macam ada!

Sekitar penamaan calun Parlimen Bukit Gantang



upah aku mana ha?

Kapal selam sudah mari...........

Pakai pampers la UMNO....

Merenung ke langit....menanti pertolongan ALLAH


Bersama Ust Nasruddin Tantawi TKDPP


Panglima Taman Rowther, Gombak...


Breakfast sebelum penamaan




Lautan penyokong setia




Friday, March 27, 2009

Virus dah clear!

Alhamdulillah, hampir 11hari tak dapat logging blog kerana masalah software.

Sekarang dah rectified. Tunggu berita sensasi menyusul........

Monday, March 16, 2009

3 beradik di Puchong


Sebahagian hadirin di khemah utama

Hari jumaat lepas, 13 Mac 09, bersamaan 16 R.Awal 1430H, telah berlangsung satu forum sempena kelahiran Rasulullah saw bertempat di Surau Kg Sri Aman, Puchong.

Kami 3 beradik telah dijemput untuk mengendalikan program itu. Aku dan abangku, Ust Salehuddin, bertindak sebagai ahli panel, manakala adikku, Ust Rahim sebagai moderator majlis.

Alhamdulillah, kami berjaya menyampaikan hujah dgn baik. Hadirin berpuas hati, dan yg syoknya diselangi dgn laungan takbir dari hadirin.

Tuan penasihat kudeta Perak tak marah ke dgn takbir ni? Piiiiiiiiirah!

Yg paling syok sekali- makan malam yg dihidangkan memang mamma mia!

Tahniah kpd seluruh yg terlibat dalam menjayakan program, terutamanya penyediaan pentas utama yg berbumbungkan hijau putih.


Tuesday, March 10, 2009

Haprak vs Akhlak


Antara ajaran yg ditinggalkan Rasulullah saw kpd kita ialah Akhlak mulia.

Rasul saw ada bersabda (mafhum): `Sesungguhnya aku dibangkitkan (diutuskan) untuk menyempurnakan akhlak yg mulia.'

Kadang2 tak perlu kata-kata, cukup dgn penonjolan akhlak yg mulia, orang boleh tertarik kpd Islam.

Malangnya, umat Islam akhir zaman sudah ketandusan akhlak.

Sambut maulid Ar-Rasul dalam keadaan takda akhlak. Pakaian yg dipakai pun tak tutup aurat secara sempurna.

Akhlak hancur! Berpolitik ala perompak, bukan dgn akhlak.

Takda akhlak! Tembak gas pemedih mata sampai masuk masjid negara, kerana demonstrator PPSMI dianggap penderhaka!

Merosot akhlak! Sudah ada cadangan untuk guna rotan semula di sekolah2.

Yg tinggal hanyalah - Golongan Haprak!

Thursday, March 5, 2009

Janji massssyyuk!



Amirul mukmin, Umar r.h. pernah bertanya kpd Ziyad b. Hadir dgn katanya-
`Apakah engkau tahu perkara yg meruntuhkan Islam? Ziyad menjawab: Tidak.
Kata Umar r.h.- `Ia diruntuhkan oleh orang bijak yg jahat, oleh orang munafiq yg mempersoalkan al-kitab dan oleh pemerintahan pemimpin yg sesat.'
(Al-Darimi)

Mereka bijak, bukan orang bodoh, pakar dalam undang2, mengaji mungkin di Lincoln Inn, Oxford,Harvard, ada Barrister at Law lagi, tapi melacurkan keredibiliti dan profesion mereka untuk memuaskan nafsu manusia2 rakus dan hilang harga diri.

Sayangnya, mereka lebih rendah dari pelacur kelas tiga di Chow Kit Road yg bernilai tak lebih dari 20 ringgit saja.

Mereka dibantu pula oleh si munafiq yg pandai berpura2, tunjuk warak dalam sesuatu keadaan, tapi menjadi Iblis di waktu yg lain. Islam di lidah, kufur di hati, pengkhianat Islam yg pandai bersembunyi.

Kemuncaknya, sokongan padu dari pemerintah yg tak bersedia untuk berhukumkan Al-Quran dan As-Sunnah, dgn 1001 macam alasan.

Dikuatkan lagi pula oleh golongan ugama, yg faham hukum, tapi menjadi anjing yg menjelirkan lidahnya spt dalam Surah Al-A'raf.

Kata mereka- Persetankan apa yg org nak kata, janji masssyyyyuk!

Benarlah kata HAMKA- Golongan ini menjaga kedudukan, bukan kebenaran.

Mereka lebih dahulu memasuki neraka 500 tahun sebelum penyembah berhala! (al-hadith)

Tak takut ke?

Wednesday, March 4, 2009

Pesanan Al-Qaradhawi



Dr Yusof Al-Qaradhawi pernah berkata:
`Musibah paling tragis yg menimpa umat kita dewasa ini ialah menjadikan ugama sebagai permainan dan senda gurau, dan menjadikan permainan dan senda gurau sebagai ugama.
Bagaimana tidak, kita telah tergila-gila menghiasi tembok masjid dengan ayat-ayat Al-Quran, tetapi tidak menghiasi kehidupan kita dengan Al-Quran.'

Islam terpinggir, diguna pakai dalam majlis rasmi sahaja.

Islam kata tutup aurat- Mereka kata TAK PERLU, kerana nanti wanita tidak akan seiring dgn peredaran zaman.

Islam kata haram riba- Mereka kata TAK BOLEH, nanti menghalang kemajuan negara.

Islam kata haram judi- Mereka kata JANGAN, kerana pulangan cukainya terlalu tinggi untuk disia-siakan.

Islam kata Hudud- Mereka kata TAK SESUAI, kerana nanti melayu kudung tangan. Tak boleh berniaga, dan tak dapat bersaing dgn bangsa asing kerana tangan dah tak da.

Islam kata politik yg sehat- Mereka kata, kami ada tok guru kami, namanya MACHIVELLI, dia ajar kami - The end justify the means- Tujuan menghalalkan cara. Asal boleh kuasa, persetankan cara dan kaedahnya. Kami peduli apa org nak kata, sebab kami memang dah pekak badak.

Ada kumpulan wanita bermesyuarat, siap letak Al-Quran depan pengerusi mesyuarat, siap dengan rehal lagi, tapi pengerusi mesyuarat tak tutup aurat pun!

Tersenyum puas syaitan, lantaran ramai yg nak ikut dia - KE NERAKA!

Pinjam kata keramat si Nabil - Lu fikir la sendiri!

Tuesday, March 3, 2009

Keep your mouth shut!



Sejarah dunia! Persidangan tergempar sidang DUN Perak berlangsung di bawah pokok!

3 usul telah diterima untuk di bawa mengadap Tuanku Sultan Perak oleh MB sah, DS Hj Nizar, termasuk usul sebulat suara mohon perkenan pembubaran DUN Perak.

Semuanya sah, bermula dari Speaker, MB hingga ke ADUN Pakatan Rakyat, maka keputusan sidang adalah sah.

Kepada yg tak pernah pegang buku undang2, jauh sekali mengaji bidang2 undang, tolong jgn buat kenyataan yg kelirukan rakyat lagi, nanti nampak sangat bodohnya kita.....

Jgn cuba tipu rakyat, nanti haram bau syurga - mafhum Hadith Rasulullah saw.

Please! Don't become an IDIOT!