Monday, March 16, 2009

3 beradik di Puchong


Sebahagian hadirin di khemah utama

Hari jumaat lepas, 13 Mac 09, bersamaan 16 R.Awal 1430H, telah berlangsung satu forum sempena kelahiran Rasulullah saw bertempat di Surau Kg Sri Aman, Puchong.

Kami 3 beradik telah dijemput untuk mengendalikan program itu. Aku dan abangku, Ust Salehuddin, bertindak sebagai ahli panel, manakala adikku, Ust Rahim sebagai moderator majlis.

Alhamdulillah, kami berjaya menyampaikan hujah dgn baik. Hadirin berpuas hati, dan yg syoknya diselangi dgn laungan takbir dari hadirin.

Tuan penasihat kudeta Perak tak marah ke dgn takbir ni? Piiiiiiiiirah!

Yg paling syok sekali- makan malam yg dihidangkan memang mamma mia!

Tahniah kpd seluruh yg terlibat dalam menjayakan program, terutamanya penyediaan pentas utama yg berbumbungkan hijau putih.


Tuesday, March 10, 2009

Haprak vs Akhlak


Antara ajaran yg ditinggalkan Rasulullah saw kpd kita ialah Akhlak mulia.

Rasul saw ada bersabda (mafhum): `Sesungguhnya aku dibangkitkan (diutuskan) untuk menyempurnakan akhlak yg mulia.'

Kadang2 tak perlu kata-kata, cukup dgn penonjolan akhlak yg mulia, orang boleh tertarik kpd Islam.

Malangnya, umat Islam akhir zaman sudah ketandusan akhlak.

Sambut maulid Ar-Rasul dalam keadaan takda akhlak. Pakaian yg dipakai pun tak tutup aurat secara sempurna.

Akhlak hancur! Berpolitik ala perompak, bukan dgn akhlak.

Takda akhlak! Tembak gas pemedih mata sampai masuk masjid negara, kerana demonstrator PPSMI dianggap penderhaka!

Merosot akhlak! Sudah ada cadangan untuk guna rotan semula di sekolah2.

Yg tinggal hanyalah - Golongan Haprak!

Thursday, March 5, 2009

Janji massssyyuk!



Amirul mukmin, Umar r.h. pernah bertanya kpd Ziyad b. Hadir dgn katanya-
`Apakah engkau tahu perkara yg meruntuhkan Islam? Ziyad menjawab: Tidak.
Kata Umar r.h.- `Ia diruntuhkan oleh orang bijak yg jahat, oleh orang munafiq yg mempersoalkan al-kitab dan oleh pemerintahan pemimpin yg sesat.'
(Al-Darimi)

Mereka bijak, bukan orang bodoh, pakar dalam undang2, mengaji mungkin di Lincoln Inn, Oxford,Harvard, ada Barrister at Law lagi, tapi melacurkan keredibiliti dan profesion mereka untuk memuaskan nafsu manusia2 rakus dan hilang harga diri.

Sayangnya, mereka lebih rendah dari pelacur kelas tiga di Chow Kit Road yg bernilai tak lebih dari 20 ringgit saja.

Mereka dibantu pula oleh si munafiq yg pandai berpura2, tunjuk warak dalam sesuatu keadaan, tapi menjadi Iblis di waktu yg lain. Islam di lidah, kufur di hati, pengkhianat Islam yg pandai bersembunyi.

Kemuncaknya, sokongan padu dari pemerintah yg tak bersedia untuk berhukumkan Al-Quran dan As-Sunnah, dgn 1001 macam alasan.

Dikuatkan lagi pula oleh golongan ugama, yg faham hukum, tapi menjadi anjing yg menjelirkan lidahnya spt dalam Surah Al-A'raf.

Kata mereka- Persetankan apa yg org nak kata, janji masssyyyyuk!

Benarlah kata HAMKA- Golongan ini menjaga kedudukan, bukan kebenaran.

Mereka lebih dahulu memasuki neraka 500 tahun sebelum penyembah berhala! (al-hadith)

Tak takut ke?

Wednesday, March 4, 2009

Pesanan Al-Qaradhawi



Dr Yusof Al-Qaradhawi pernah berkata:
`Musibah paling tragis yg menimpa umat kita dewasa ini ialah menjadikan ugama sebagai permainan dan senda gurau, dan menjadikan permainan dan senda gurau sebagai ugama.
Bagaimana tidak, kita telah tergila-gila menghiasi tembok masjid dengan ayat-ayat Al-Quran, tetapi tidak menghiasi kehidupan kita dengan Al-Quran.'

Islam terpinggir, diguna pakai dalam majlis rasmi sahaja.

Islam kata tutup aurat- Mereka kata TAK PERLU, kerana nanti wanita tidak akan seiring dgn peredaran zaman.

Islam kata haram riba- Mereka kata TAK BOLEH, nanti menghalang kemajuan negara.

Islam kata haram judi- Mereka kata JANGAN, kerana pulangan cukainya terlalu tinggi untuk disia-siakan.

Islam kata Hudud- Mereka kata TAK SESUAI, kerana nanti melayu kudung tangan. Tak boleh berniaga, dan tak dapat bersaing dgn bangsa asing kerana tangan dah tak da.

Islam kata politik yg sehat- Mereka kata, kami ada tok guru kami, namanya MACHIVELLI, dia ajar kami - The end justify the means- Tujuan menghalalkan cara. Asal boleh kuasa, persetankan cara dan kaedahnya. Kami peduli apa org nak kata, sebab kami memang dah pekak badak.

Ada kumpulan wanita bermesyuarat, siap letak Al-Quran depan pengerusi mesyuarat, siap dengan rehal lagi, tapi pengerusi mesyuarat tak tutup aurat pun!

Tersenyum puas syaitan, lantaran ramai yg nak ikut dia - KE NERAKA!

Pinjam kata keramat si Nabil - Lu fikir la sendiri!

Tuesday, March 3, 2009

Keep your mouth shut!



Sejarah dunia! Persidangan tergempar sidang DUN Perak berlangsung di bawah pokok!

3 usul telah diterima untuk di bawa mengadap Tuanku Sultan Perak oleh MB sah, DS Hj Nizar, termasuk usul sebulat suara mohon perkenan pembubaran DUN Perak.

Semuanya sah, bermula dari Speaker, MB hingga ke ADUN Pakatan Rakyat, maka keputusan sidang adalah sah.

Kepada yg tak pernah pegang buku undang2, jauh sekali mengaji bidang2 undang, tolong jgn buat kenyataan yg kelirukan rakyat lagi, nanti nampak sangat bodohnya kita.....

Jgn cuba tipu rakyat, nanti haram bau syurga - mafhum Hadith Rasulullah saw.

Please! Don't become an IDIOT!

Wednesday, February 25, 2009

Zebra Hadhari



Pernah tengok rencana ttg singa kejar haiwan buruan?
Tentu pernah.
Pengajaran apa boleh kita ambil dari kes spt ini? Tak lain tak bukan- Menjauhi sikap tamak!
Singa hanya buru binatang yg dia`aim' sedari awal lagi. Yg seekor yg dia aim tu la yg dia kejar sampai dapat, tidak pada binatang yg lain.
Kalau terlepas, dia cari peluang di waktu yg lain.
Manusia cukup terkenal dgn sikap tamak. Offer 5 juta, boleh topple sebuah kerajaan yg sah!
Hari ini, ADUN Malim Nawar dan Kuala Kurau pulak repot polis, khabarnya ditawar supaya lompat parti.
Ibrahim Ali dah melompat ke belum? Lompat si katak lompat.......
Wal hasil balik asal!
Cuma kesian singa di atas, tak dapat nak rembat zebra tu sbb zebra naik scrambler!
Zebra hadhari!

Belajar dari 2 Umar- Kenyangkan perut rakyat!


Buku terbaru yg aku beli semalam dari Hasani Edar SP.
Nipis, berharga 15 ringgit sahaja.
Isi dia cukup mantop!
Semua yg bergelar pemimpin mesti baca buku ni, terutamanya pemimpin UMNO!
Lihat bagaimana 2 umar ini - Umar al-Khattab r.h., dan Umar b. Abd Aziz dari Bani Umayyah mengajar bagaimana mau mencapai redha dan syurga ALLAH SWT.
Juga terkandung segala falsafah dan pengajaran berharga yg ditinggal Rasululah saw....

Wednesday, February 18, 2009

Menawan Jabal Nur


Rehat sat....

Menuruni Jabal Nur
Umrah 2002

1. ALLAH beri peluang aku dan rombongan umrah yg lain melakukan ekspedisi mendaki Jabal Nur- Gua Hirak.

2. Perjalanan dari bawah ke puncak bukit mengambil masa 45 minit, dgn mengambil kira usiaku pd waktu itu 37 tahun. Kalau sekarang, mungkin 2 jam kut!

3. Tak terbayang kegigihan Rasulullah saw mendaki gunung ini, hampir 3 tahun lamanya, sebelum turunnya wahyu pertama.

4. Tak terbayang juga kegigihan Khadijah r.h., yg berulang-alik beberapa waktu ke sini untuk menghantar makanan kepada Rasulullah saw.

5. Konsepnya adalah BERUZLAH- dari berhala, maksiat dan mungkar di kota Makkah.

6. Begitulah kehidupan, sentiasa dididik untuk membenci maksiat dan mungkar, di samping beruzlah menjauhinya.

7. Itulah sifat org beriman spt yg dinukil Al-Quran:
`.........(dan kamu wahai org2 yg beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman satu perkara yg kamu cintai serta diperhiaskannya di dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasiq serta perbuatan derhaka itu; perkara-perkara yg kamu benci; mereka yg bersifat demikian ialah org2 yg tetap menurut jln yg lurus.
AL-HUJURAT: 7



Saturday, February 14, 2009

Relax sat!

Apam balik yg dibeli di Pekan Merbok-RM1.50. Tepung naik!


Dekat nak maghrib di Pantai Tg Dawai, Kedah.

Sebelum sampai ke Masjid Tg Dawai untuk kuliah maghrib ku, aku membelok sebentar ke tepi laut untuk merenung alam ciptaan ALLAH yg indah ini.

Dgn berbekalkan apam balik yg aku beli di pekan kecil Merbok, aku merenung ke laut, melepaskan sedikit keletihan dari diri ini, terutamanya keletihan otak dgn berbagai2 peristiwa lompat-melompat yg berlaku dalam politik msia mutakhir ini.

Demokrasi yg dicabul, rampasan kuasa yg terancang, ugut-mengugut, berlindung di balik `tabir kuning', istilah derhaka yg diputarbelitkan, semuanya memeningkan kepala.

Apa pun, aku berjaya menghabiskan apam balik yg dibeli, kerana memang aku lapar sungguh kerana lunch tadi tak berapa ada selera.

Terkenang 2 bukit yg mahu dipertahankan!

Selamat berjuang!
Lepas ni tak da lagi katak, InsyaAllah.

25 tahun dulu....

Jamuan 'Idufitri di Quakers Hill, New South Wales 1985.

Waktu ni baru berusia 19 tahun.

Segak dan sudah tentulah, handsome!

Sekarang dah 44 tahun. Perut `mengandung' tak beranak sampai sekarang. Forever!

Ya ALLAH! Panjangkanlah usiaku di dalam ketaatan kpd Mu.

Wednesday, February 11, 2009

Ahlan wa sahlan- Kursus Haji 1430H


`Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana ALLAH.......'
AL-BAQARAH: 196

Tuesday, February 10, 2009

Ijamah- Penjagaan kesihatan





1. Antara perkara yg dibawa pulang oleh Rasulullah saw sekembalinya dari Israk dan Mi'raj ialah berbekam.

2. Mudah cakapnya, buang darah kotor dari badan. Darah yg dah `mati', yg dah tak bawa oksigen lagi.

3. Darah `mati' ni bila duduk dalam tubuh, ia ganggu sistem tubuh.

4. Akibatnya, timbul berbagai penyakit yg tak di undang.

5. Pada sesiapa yg kalau pergi dengar kuliah, tak sampai 10 minit dah `khusyuk', cepat2lah berbekam. He he he......

6. Lagipun, ia antara amalan Rasulullah saw.

7. Tak da satu pun yg datang dari Rasulullah saw, membawa keburukan, bahkan semuanya kebaikan yg membawa faedah.

8. Bila dah sehat, baru syok pergi berjuang di 2 buah bukit- Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Jumpa di sana!

Saturday, February 7, 2009

Pengkhianatan

ALLAH SWT memberi amaran kpd yg ada telinga, tapi tak pekak, dan yg ada mata, tapi tak buta.

`........................... dan janganlah engkau menjadi pembela bagi org2 yg khianat.'
AN-NISAK: 105

Khianati amanah
Khianati agama
Khianati sistem yg adil
Khianat atas org lain

Jangan tolong dan bela mereka atas pengkhianatan mereka. Bedosa besar! Api neraka pun besar!




Friday, February 6, 2009

Valence Electron (Elektron Bebas)- Satu Analogi

Struktur ATOM

1. Saya bekas pelajar Kejuruteraan Elektronik.

2. Gambarajah di atas adalah struktur sebuah ATOM (NUCLEUS).

3. Atom terdiri dpd :
a. Neutron - bersifat neutral
b. Proton - bercas positif
c. Elektron - becas negatif

4. Yg berwarna biru di dalam gambarajah di atas adalah Neutron dan Proton.

5. Yg bertitik putih di luar yg berwarna biru itu adalah Elektron. Elektron akan sentiasa mengorbit atom.

6. Elektron yg berputar mengelilingi atom itu adakalanya dapat meninggalkan atom, lari jauh dpdnya. Maka ia digelar VALENCE ELECTRON - ELEKTRON BEBAS.

7. Akibatnya, atom menjadi tidak stabil di sebabkan tindakan elektron bebas ini.

8. ADUN C.Jering, Behrang dan Jelapang adalah elektron2 bebas ini yg mengkacaubilaukan atom yg stabil pd satu ketika.

9. Maka akhirnya, `terbinalah' ATOM HARAM yg mendakwa mempunyai cukup kekuatan dari bilangan proton dan neutronnya, wal hal ia adalah angkara elektron2 bebas tadi yg memisahkan dirinya dari Atom yg asli tadi.

10. Senangkan nak faham? Kalau tak percaya, pergi tanya Tun Mahathir dan Ku li.


Sunday, February 1, 2009

Spesis jenis apa ni?

ALLAH berfirman (mafhum):
`Dan jika Kami turunkan malaikat pun kpd mereka, dan orang-orang yg mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan Kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Muhammad saw), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki ALLAH; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yg sebenar).' AL-AN'AM: 111


Katakanlah- Malaikat datang jumpa mereka,perkenalkan diri masing2, Jibril, Israfil, Izrail dll, lalu berhadapan dgn mereka, beritahu mereka betapa benarnya perjuangan menegakkan keadilan Islam dan kejinya kezoliman- Mereka akan menggeleng2kan kepala mereka tanda tidak setuju;

Katakanlah- Ibu ayah mereka, nenek moyang mereka, adik beradik mereka yg telah mati berpuluh2 tahun dahulu, ALLAH hidupkan semula, lalu semuanya memberitahu mereka bahawa wajib dalam pilihanraya nanti mereka memilih parti dan calun yg mahu melaksanakan dasar2 Al-Quran- Mereka akan menjuihkan bibir mereka sambil berkata `kami pangkah yg lame juge (loghat org perak!)';

Katakanlah- Semua benda di dunia, basah mahupun kering, datang bertemu mereka, ajak mereka tinggalkan perjuangan karut yg dibina di atas dasar kebendaan dan perkauman yg sempit- Mereka akan mendabik dada sambil mengatakan dasar kebendaan inilah yg telah membina kemajuan negara, sejak dulu, kini dan selamanya. Kalau ditinggalkan, nanti makan ubi kayu!

Spesis jenis apa manusia sebegini?

Saturday, January 24, 2009

Lebah dan manusia




Firman ALLAH SWT (mafhum):
`Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: `Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yg didirikan manusia.'

`Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yg diilhamkan dan dimudahkanNya kpdmu,' (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yg berlainan warnanya, yg mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai penyakit). Sesungguhnya pada yg demikian itu , ada tanda (yg membuktikan kemurahan ALLAH) bagi org-org yg mahu berfikir.'
AN-NAHL:68-69.

1. Lebah yang tidak beraqal, tak pernah ke sekolah, patuh kpd hukum dan perintah ALLAH ke atas diri mereka sebagai lebah.

2. Hasil dari kepatuhan- adalah madu lebah yg diminum manusia. Penyembuh penyakit dgn izin ALLAH.

3. Manusia pergi sekolah, sampai ke univ mungkin, tapi ramai yg tak faham dan tak boleh ikut syariat ALLAH.

4. Cara berpakaian, berpolitik, mencari rezeki dll, kadang-kadang melanggar hukum dan ketetapan ALLAH.

5. Akhirnya, bumi dipenuhi spesis manusia engkar ini.

6. Datanglah bala dan musibah dari ALLAH, angkara sifat angkuh dan kekufuran mereka. Yang dipersalahkan bukan diri mereka, tapi tanah yg lembut, laut bergelora, angin taufan dsb. Ringkasnya- National disaster!

7. Mereka tetap mengira mereka `maksum'.

8. Jangan pandai minum madu lebah saja, tetapi contohilah sifat mulia mereka.

Wednesday, January 21, 2009

Wind Of Change- Scorpion.



Bak kata Kump Scorpion:

where the children of tomorrow
dream a wind
A wind of change.

Apa khabar YB KT? Dah mula bertugas?

Apa khabar UMNO? Dah jumpa faktor penarik? Itu kena tanya Muhyidin Yasin.

Wind of Change until next general election, InsyaALLAH.

Monday, January 19, 2009

Bulan, begitulah sifatnya.....Tetap bersinar!



Tahniah kepada seluruh pengudi2 yg memilih calun PAS di P36 K.Terengganu!

Anda bijak membuat pilihan.

Anda tidak takut ugutan........

Anda tidak termakan umpan......

Anda tidak terlena janji pembangunan yg melenakan.......

Anda punya jatidiri yg mampan!

Anda manusia bijak, melihat masa depan......

Hello! Hello! Ada kerja kosong untuk Ezam tak?

HIDUP ISLAM! ALLAH HU AKBAR!

Saturday, January 17, 2009

Selamat Mengundi - Dengan Nama ALLAH.......



Selamat Mengundi buat pengundi2 di P36 KT.

Jangan pening kepala nak pilih parti mana dan calun mana.

Agak2 mengambang elok kertas undi, itulah pilihannya.

Undi anda rahsia di kertas undi, tidak di sisi Kholiq, Tuhan Pencipta.

Dah selalu baca Surah Yasin kan? Ingat ayat 65. Mulut dikunci, tangan bercakap.

Tentu tangan akan beritau dia pangkah siapa!

Perjuangkanlah Islam melalui kertas undi anda!

Tuesday, January 13, 2009

Cium sikit!



Antara adegan yg tak ingin kita lihat!

Intimnya mereka, laksana merpati 2 sejoli.

Betul sungguh sabda Rasulullah saw (mafhum): `Tidak ada beza di antara arab dan bukan arab kecuali iman dan taqwa.'

Bom gugur lagi di Ghaza.............

Hancurkan musuhMu Ya ALLAH!

Friday, January 9, 2009

Buta mata celik hati.

Maqam Abdullah b. Ummi Makhtum r.h.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Ia memasamkan muka dan berpaling'

`Kerana ia didatangi orang yg buta.'
'ABASA: 1-2

Siapakah si buta itu? Dialah sahabat Rasul yg mulia, Abdullah b. Ummi Makhtum.

Dia buta, namun turut berhijrah ke Madinah.

Dia buta kedua mata, namun celik mata hatinya. Dalilnya, ayat di atas.

Dia datang untuk mendengar kuliah Rasul saw, sedangkan Rsulullah saw pada waktu itu sedang berdakwah di hadapan pemimpin2 kanan Quraisy musyrikin, satu peluang yg Rasulullah saw jarang memperolehinya.

Bukan Rasul yg mulia menghinanya, tapi kedatangannya tidak kena pd waktu menyebabkan Rasul saw bermasam wajah dan berpaling.

Dia senantiasa mengintai2 peluang untuk mendengar nasihat dari Rasulullah saw.

SALAM BUAT PENGUNDI P36 KT. JANGAN BUTA HATI.

Pilih calun yg benar2 mahu memperjuangkan Islam.

Tolak calun yg jadikan Islam sebagai bahan permainan. Hukum ALLAH tak berjalan, halal haram jadi sendaan. Imam Syafie dan Al-Ghazali dalam khayalan.

InsyaALLAH, bulan mengambang di KT.

ALLAH HU AKBAR!


Tuesday, January 6, 2009

Munafiq Tegar

Lebuhraya Utara-Selatan

Dalam perjalanan ke Masjid Batu, Permatang Pauh untuk kuliah maghrib, gambar ini telah dirakam dari dalam kereta penulis.

Teringat Firman ALLAH SWT (mafhum):
`Atau (bandingan si munafiq) seperti (orang-orang yg ditimpa ) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) ALLAH meliputi orang-orang yg kafir itu.'
AL-BAQARAH: 19

Kata Almarhum Hamka di dalam Tafsirnya Al-Azhar:

1. Hujan yg turun adalah simbolik kpd KEBENARAN.

2. Guruh berbunyi, mendayu dan menggarang adalah peringatan2 keras, seiring dgn kedatangan hidayah Ilahi.

3. Suara Rasul saw adalah keras laksana guruh, membenteras adat lama pusaka usang, taqlid dan berkeras mempertahankan pusaka nenek-moyang. Kadang-kadang memancar kilatan api kemurkaan dan ancaman.

4. Perkataan seperti ini bagi orang yg mempertahankan kebatilan memang laksana guruh yg bunyinya menakutkan, atau laksana kilat dan petir yg memancarkan api.

5. Oleh kerana takutnya mereka kpd penghantar2 hujan itu, tidaklah mereka gembira menunggu hujan, tetapi mereka tutup lubang telinga dengan jari, supaya guruh dan petir itu jangan terdengar, sebab dipandang sebagai ancaman maut bagi mereka.

6. Mereka takut mati, mereka tidak mahu bercerai dengan kehidupan lama yg mereka pegang teguh itu.

7. Mereka tidak mahu berpisah dgn benda yg mereka junjung sebagai menjunjung Tuhan.

Agak-agak, bermula hari ni penaman calun di KT, sehingga mengundi nanti 17 Jan, berapa ramai yg akan menutup telinga dgn jari mereka dari mendengar kebenaran?

Kita kata Sabda Nabi,mereka kata Syabduk!

Kita kata Firman, mereka kata Permit!

Projek, pembangunan, kebendaan menjadi Tuhan baru yg disembah manusia, sehingga kebenaran dan keadilan tersungkur jatuh di bawah telapak kaki mereka.

Hidup ISLAM! ALLAH HU AKBAR!

Sunday, January 4, 2009

Lagi-lagi puaka. Melayu oh melayu......


Antara kehebatan bangsa melayu ialah cepat sangat mempercayai perkara-perkara yg kadang2 boleh menjejaskan aqidah.

Kemalangan maut di Bukit Sejuk, Gua Musang yg mengorbankan 10 nyawa kelmarin, dianggap sebagai kawasan puaka yg cukup bahaya.

Ia bukan puaka, tetapi ketentuan ALLAH sejak azali. Elaklah macamana pun, ALLAH kata, kemalangan, tetap ia akan berlaku. Semua pehak kena redha menerimanya.

Berhijrah buang sifat karut-marut ini!

Dah pasang talipinggang keledar untuk seat belakang? Duit lagi............

Saturday, January 3, 2009

Pemimpin Arab dan OIC




Kasut ni mahu humban pulak ke muka pemimpin2 Arab!

Apa yg mereka buat bila umat Isam di Ghazza dilanyak habis-habisan sekarang ini oleh rejim haram Yahudi?

OIC? Dah jadi macam persatuan pinggan mangkuk kampung dah.... Tak da......(18sx)!

Panggil mesyuarat ad-hoc pun tidak, jauh sekali buat kenyataan yg boleh menghentikan serangan yahudi ke atas palestine......

Lupa pulak, siapa dia Pengerusi OIC sekarang ni? Jgn2 tak da...... tut....tut....tut...(talian terputus)!

Hancur Yahudi! Hancur rokok!


Alhamdulillah, rata-rata umat Islam di Malaysia nyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Yahudi terhadap umat Islam di Ghazza.

Ada yg hantar memo bantahan kpd kedutaan Amerika di KL.

Ada yg bakar bendera rejim Yahudi.

Yg dibimbangi, ada yg bakar rokok yahudi ke mulut mereka selepas puas berdemonstrasi!

Ketawa si laknat Ehud Barak melihat `lakunan' ini.....

Saya cadangkan, berhenti dulu hisap rokok, baru demo! Setuju?

Sila buka berita harakahdaily minggu lepas- TG Nik Aziz sedih dan kecewa krn masih ramai org PAS hisap rokok.

Takkan nak takbir mulut bau rokok? Org Kedah kata, pelak sungguh!

Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru Masihi - Melihat kebesaran ALLAH


Esok 1 Jan 09.
Setakat mana masyarakat Islam Malaysia faham erti tahun baru?
Sebahagiannya faham seperti tahun2 sebelumnya mereka faham:-

Mlm ni, berkumpul di Dataran Merdeka, maghrib tak tahu, Isyak bila nak buat......

Then, countdown to 10 `10, 9, 8, 7, ......' Hurey! Dentuman bunga api, berpelukan, seronok tak ketahuan, qiyamullail tgh jalan...

Episod lama yg memualkan.

Apa dia tahun baru? Bumi melengkapkan satu pusingannya mengelilingi matahari, bermula titik pertamanya 1 Jan 08, hingga titik akhirnya 31 Dis 08.

Bumi bergerak di atas paksinya, melengkapkan satu pusingan selama 23.9 jam, menghasilkan siang dan malam- Sehari semalam.

Bumi bergerak juga keliling matahari - satu pusingan lengkap 365 hari. Terjadilah 4 musim - Gugur, Sejuk, Bunga dan Panas.

Firman ALLAH SWT (mafhum):
`Kemudian Ia menujukan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kpdnya dan kpd bumi: `Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dgn sukarela, atau dgn paksa! Keduanya menjawab ' Kami berdua sedia menurut- patuh dgn sukarela.'
11: FUSSILAT.

So, sambut tahun baru masihi tak salah, asalkan nampak ALLAH SWT, Zat yg menggerakkan makhluk ini.

Yg salahnya, jadi berok mak yeh tiap2 tahun. Tinggal solat, maksiat, mungkar.

Selamat Tahun Baru 2009.

Ya ALLAH! Selamatkanlah umat Islam di Gaza. Hancur Yahudi!

Tuesday, December 30, 2008

Makan untuk hidup....


Kalau orang jadi macam kucing ni, amacam? Bukan mentekedarah dah ni.....

Jaga makan sikit, banyakkan sayur dan buah2an.....

Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan!

Firman ALLAH (mafhum):
`.......... dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula melampau-lampau; sesungguhnya ALLAH tidak suka akan orang-orang yg melampaui batas.' AL-A'RAF: 31.

Berapa kerat yg nak peduli..................


Antara penegasan Timb YDP Agong dalam ucapan sambutan Ma'al Hijrah 1430H:

1. Ramai yg tidak menghormati para Ulamak.

2. Suka mengambil jalan mudah dgn mengenepikan ajaran ugama.

3. Malas berfikir dan berusaha.

4. Bermusuhan sesama umat Islam.

5. Mengutamakan kepentingan peribadi tanpa mempedulikan hukum halal haram di dalam Islam.

Ramai yg pekak dari yg mendengarnya!

Sunday, December 28, 2008

4 Faktor .........

Ada 4 faktor yg dapat menghadirkan rasa takut kpd ALLAH SWT pd diri seseorang hamba.

1. MENZIARAHI QUBUR
-di sana terdapat anak-anak, cucu-cucu dan nenek-moyang, juga teman dan sahabat.
- pd lafaz yg diriwayatkan oleh Ibnu Majah dikatakan:
`Sesungguhnya qubur dapat mengingatkan kalian pada negeri akhirat.'
(Muslim, Ahmad)

2. SELALU MENGINGATI KEMATIAN
- di pagi hari, petang, mahupun ketika berbaring di tempat tidurnya.
- Fatimah bt Malik, isteri Khalifah Umar b. Abd Aziz r.h.m. berkata: `Apabila Umar hendak berbaring ke tempat tidurnya, dia menggigil seperti burung yg kedinginan. Aku bertanya: `Wahai Umar, mengapa tuan belum tidur lagi?' Umar menjawab: ` Bagaimana mungkin saya boleh tidur, sesungguhnya katil ini telah mengingatkanku kpd qubur.'

3. SELALU MENGINGATI BAHAWA AZAB ALLAH SANGAT PEDIH
- Jika ALLAH mengazab hambaNya, DIA tidak mengasihinya sedikitpun.
- Umar Al-Khattab r.h. dalam suratnya kpd para gabenurnya, berkata:` Ketahuilah, bahawa seksa ALLAH sangat pedih, apakah kamu telah melupakannya?.'

4. SENTIASA WASPADA TERHADAP PANDANGAN ALLAH
- kata Ibnu Taimiyyah r.h.m. ` Hati adalah rumah ALLAH. Rumah ini tidak akan baik, tidak akan kukuh dan tidak akan berkata jujur kpd ALLAH, melainkan kamu memperhati dan menyedari bahawa ALLAH selalu melihatmu.

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1430H.



Menjana Ummah Gemilang


Salam Hijrah 1430H. Tema cukup cantik- `Menjana Ummah Gemilang'. Mudah-mudahan:

Gemilang dgn Iman dan Taqwa
Gemilang dgn Ilmu serta Hikmah
Gemilang dgn Membaca dan Meneliti Al-Quran
Gemilang berlandaskan Syariat
Gemilang dgn menegakkan Ibadah
Gemilang dgn Solat
Gemilang dgn Jihad dan Mujahadah
Gemilang dgn menegakkan Ihsan
Gemilang dgn menjaga Amanah
Gemilang dgn Akhlak Murni
Gemilang dgn sikap yg Positif
Gemilang dgn menegakkan Keadilan
Gemilang dgn Bersyukur
Gemilang dgn Pengurusan Masa
Gemilang dgn Berdoa

Perkenankan Ya ALLAH!

Friday, December 26, 2008

la insyakartum laazidannakum......


Alhamdulilah, ni'mat ALLAH melimpah ruah......

Sabda Rasululah saw (mafhum):`Termasuk kebahagiaan hidup seseorang manusia, ialah memperolehi isteri yg baik, kediaman yg baik dan kenderaan yg baik.' (IMAM AHMAD).

Wednesday, December 24, 2008

Kasut- senjata moden abad 22

Hero baru- Muntazir Az-Zaidi
opps! nasib baik tak kena!

Ketika hampir seluruh pemimpin Arab hari ini tunduk dan mengiyakan saja apa yg dilakukan oleh Mr Bush ini, ALLAH lantik bagi kita seorang wartawan Iraq, yg namanya tak pernah dikenal sebelum ini, jauh sekali untuk berkenalan dgnnya, yg akhirnya menjadi `idola' segera di kalangan kita yg memang meluat dgn tindakan si penjenayah dunia ini.

Dia tidak menggunakan peluru hidup, jauh sekali bom berangkai yg dijatuhkan tentera US di Iraq, cukup dgn kasut- Bush sudah dimalukan oleh seluruh dunia.

Demonstari jalanan berlaku hampir setiap hari di Iraq, termasuk di Lebanon dalam usaha mengajak masyarakat menyokong tindakan Muntazir.

Sudah siap sedia ratusan peguam yg tanpa mahu dibayar, bersedia untuk membela Muntazir dalam perbicaraan pd minggu depan.

Begitulah nilai harga maruah diri mereka. Di Thailand, PM nya bertukar setahun sebanyak 3 orang! Tak sempat nak hafal nama, dah diganti dgn org lain. Di Malaysia, jenuh tunggu.....

Maruah dan harga diri memang tinggi nilainya.....

P36 KT, agak-agak nanti berapa ramai org melayu yg akan berkata- `same aje ustaz!(pinjam loghat org perak) siape menang pun, serupe aje!'

Agak2 kalau pemimpin UMNO kena baling kasut, amacam??? Sendiri jawab la.....

Tuesday, December 16, 2008

Mohamad Iqbal bermadah.....



Jangan dipilih hidup bagaikan nyanyian ombak.......

hanya bernyanyi, ketika terhempas di pantai.....

tapi.....

jadilah kamu ibarat air bah....

menggugah dan mengubah dunia dgn amalmu!

Monday, December 15, 2008

Rahsia bertudung.



Karima Burns di dalam artikelnya The Science Behind The Veil menyatakan:
`Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus dpd tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala. Justru menutupnya terutamanya di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yg lain. Menutup kepala juga bermenafaat di musim panas. V.G.ROCINE, seorang pakar otak , mengatakan fosforus otak menjadi cair pd suhu 108 darjah F. Ini berlaku sekiranya seseorang berada di bawah panas terik tanpa tutupan kepala! Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun dan menyebabkan otak mengalami beberapa kesan negatif.'

Firman ALLAH (mafhum):
`
Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman , supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar)...........
59: AL-AHZAB

Bila lagi nak bertudung, menutup aurat dgn betul?

Friday, December 12, 2008

Bulan oh bulan!


Pagi tadi jam 5.30 pagi, aku keluar rumah menuju Masjid Al-Barakah Tikam Batu, untuk kuliah subuh.

Dah lama aku tak hadir kuliah subuh di masjid tu. Sebok dgn urusan anak nak ke Jordan, dan berbagai-bagai lagi urusan dunia yg tak pernah selesai.

Ketika keluar dari gate 1 Bandar Laguna Merbok, aku sempat rakam gambar ni melalui hphone ku- Bulan sdg mengambang penuh. Terpesona sungguh melihat bulan ciptaan ALLAH, cantik, menawan hati.

ALLAH berfirman (mafhum):
` Dialah yg menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yg menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pd tempat-tempat peredarannya(masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa......'
5: YUNUS a.s.

Nak ambil gaji- Cukup BULAN
Mengandung- Berapa BULAN?
Pilihanraya- PANGKAH BULAN!

Aku dah rabun! tapi dekat je......


Wajah baru bersama kacamata. Handsome???

Firman ALLAH SWT (mafhum):
`ALLAH yg menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu, Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu, Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yg dikehendakiNya, dan Dialah jua Yg Maha Mengetahui, lagi Maha Berkuasa.'
54: AR-RUM

Ijah! Jangan gelakkan abi......huhu!

Wednesday, December 10, 2008

Sejenak bersama Hujjatul Islam.....

Tentang celaan orang, mengapa kita mesti takut kpdnya?

Ia tidak akan menambah atau mengurangi kita sesuatu pun, selagi ALLAH tidak menentukan yg demikian itu atas diri kita.

Celaan orang juga tidak akan menyegerakan ajal kita, tidak akan melambatkan rezeki kita dan tidak akan menjadikan kita dari ahli neraka, sekiranya kita memang dari ahli syurga.

Ia tidak akan dapat menjadikan kita dibenci di sisi ALLAH, sekiranya kita memang dipuji di sisiNya.

Fikir-fikirkan..................

Tuesday, December 9, 2008

Doa dari Rasulmu..... Ringkas dan padat.



Rasul saw telah mengajar doa ini kpd 'Ali r.h.:

`Allahhummahdini, wa saddidni.' (Muslim, Ahmad dan Abu Daud r.h.m.).
`Ya ALLAH, tunjukilah aku luruskanlah aku (dlm perbuatan dan ucapanku).'

Selamat beramal........