Pernah pada satu waktu, dia digelar Abal Hakam (Bapa Hakim). Biru katanya, biru la. Jangan ada yg cuba menukarnya menjadi hijau. Buruk padahnya. Silap-silap, melayang nyawa.
Rasulullah saw turun dari Gua Hirak. Memulakan langkah berda'wah. Menyerang setiap ideologi yg salah, termasuk berhala-berhala bodoh yg berdiri megah di keliling Ka'bah.
Lalu Rasululah saw menggelar dia - Abu Jahal (Bapa Kejahilan). Sampai lah hari qiamat, itulah panggilan yg paling baik untuknya. Penentang Islam tegar.
Ibu ayah risau melihat anak jahil dalam pelajaran. Dihantarnya ke pusat-pusat tuisyen yg tumbuh macam cendawan selepas hujan. Tak cukup dgn itu, musim cuti sekolah tiba, diposkan pula ke Kem-kem Motivasi. Semuanya atas tujuan yg satu - Mahu melihat anak-anak keluar dari kepompong kejahilan dan kebengapan. Melihat dunia luar dgn lebih luas.
Ada pemerintah yg suka melihat rakyatnya jahil, terutamanya jahil politik.
Senang di 'gula-gula' kan.
Senang di 'jalan tar' kan.
Senang di ' subsidi' kan.
Senang di 'projek' kan.
Senang di 'bodoh media' kan.
Supaya senang nak perintah sepenggal lagi.
Inilah Jahil Masyuk!
Maksud: 'Dan apabila dikatakan kpd mereka: "Turutlah akan apa yg diturunkan ALLAH", mereka menjawab: " (tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yg kami dapati datuk nenek kami melakukannya." Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun ttg perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat pertunjuk hidayah (dari ALLAH)?
Dan bandingan (orang-orang yg menyeru) orang-orang yg kafir (yg tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yg berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yg pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan aqalnya."
AL-BAQARAH: 170-171.